• 01110570915
  • Hubungi Kami
  • Tambun Tulang, Arau, Perlis
  • Lokasi Kami
  • 8.30 am – 5.30 pm
  • Waktu Operasi Kami

Aktiviti Di Akademi

Kolaborasi AQIS dan Ribat Nasrul Muhajirin
Kolaborasi AQIS dan Ribat Nasrul Muhajirin

09-Jun-2024: Kolaborasi antara AQIS dan Ribat Nasrul Muhajirin di Kodiang, Kedah. Pihak AQIS mempunyai hubungan baik dengan Ribat Nasrul Muhajirin di Kodiang, dimana kolaborasi pembelajaran Memanah Berkuda dilaksanakan di sini.

Kelas Bahasa Arab, Tepi Bendang
Kelas Bahasa Arab, Tepi Bendang

24-May-2024: Selepas asar, biasanya anginnya nyaman dibendang. AQIS mengambil peluang dari nikmat keindahan yang Allah berikan dengan mengadakan kelas bahasa Arab, di tepi bendang.

Program Riadah Bukit Ayer, Perlis
Program Riadah Bukit Ayer, Perlis

12-May-2024: Program riadah ke Bukit Ayer, Perlis anjuran AQIS. Meredakan sikit rutin belajar yang padat di AQIS dengan beriadah dan santai di Bukit Ayer.

Pelancaran Wakaf Pembangunan AQIS
Pelancaran Wakaf Pembangunan AQIS

03-May-2024: Pelancaran wakaf pembangunan kompleks AQIS yang meliputi bangunan asrama pelajar, guru, kantin, bilik kuliah dan dewan.

Pemergian Ustaz Hj Ismail Hj Ahmad
Pemergian Ustaz Hj Ismail Hj Ahmad

28-Apr-2024: Tuan Guru Haji Ismail bin Haji Ahmad, pengasas HPA serta seorang dermawan, telah pergi bertemu Penciptanya pada pagi 28 April 2024. Takziah diucapkan kepada keluarga beliau dan juga seluruh keluarga HPA atas pemergian beliau.

Van Infaq Untuk Pelajar
Van Infaq Untuk Pelajar

23-Apr-2024: Van Mitsubishi Delica L500 diinfaqkan oleh seorang hamba Allah untuk tujuan membawa pelajar ke Solat Jumaat dan aktiviti Kor-Kurikulum.

Tolak Tanah Untuk Kompleks AQIS
Tolak Tanah Untuk Kompleks AQIS

16-Apr-2024: Aktiviti meratakan tanah bendang seluas 1 relung, bersamaan dengan 30976 kaki persegi, untuk tujuan pembinaan kompleks AQIS.

Gambaran Kompleks AQIS Versi 1
Gambaran Kompleks AQIS Versi 1

16-Apr-2024: Gambaran awal pelukis berkenaan Komplek AQIS versi 1. Gambaran ini dijangka berubah mengikut keadaan dan keperluan semasa sehingga projek telah betul-betul diselaraskan.