Akademi Al-Quran Imam Al-Syafie ditubuhkan di atas usaha untuk menyebarkan dakwah melalui kuliah dan penulisan ilmiah. Idea penubuhan akademi ini dicetuskan oleh Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil dari Arau, Perlis.
Wawasan akademi ini ialah untuk menyebarkan Ilmu Al-Quran dan Hadis kepada masyarakat umum supaya mereka cakna dengan keindahan keilmuan Al-Quran dan Hadis dapat mempengaruhi cara kehidupan harian masyarakat umum.