Blog AQIS

Koleksi Penulisan Blog Ustaz Ahmad Adnan

Jangan lupa untuk kongsikan email anda disini supaya kami boleh memberitahu tentang penulisan terkini
Kandungan blog ini sesuai untuk paparan komputer desktop dan notebook sahaja untuk masa ini

Dari Blog mutiara-sunnahnabi.blogspot.com

Abdullah bin Mas’ud RA menceritakan;

أن النبي صلى الله عليه وسلم (كان فيالركعتين الأوليين كأنه على الرَّضْف)

“Nabi SAW ketika (duduk di hujung) rakaat kedua (yakni duduktahiyyat awal), baginda (duduk dengan ringkas) seolah seperti duduk di atasbatu yang panas” (HR Abu Daud dan al-Tirmizi, hadis hasan. Al-Majmuk; 3/416).

Sabda Nabi SAW;

مَنْ صَلَّى الغَدَاةَفِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ، ثُمَّ صَلَّىرَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ
“Sesiapa menunaikan solatsubuh berjamaah, kemudiannya dia duduk berzikir kepada Allah hinggalah terbitmatahari, kemudian dia bersolat pula dua rakaat, maka amalannya itu pahalanyaseumpama pahala mengerjakan haji dan umrah yang sempurna, yang sempurna, yangsempurna” (Sunan at-Tirmizi; 586.  DariAnas RA. Menurut at-Tirmizi; hadis hasan gharib).

Dalam riwayat at-Tabrani, lazaf hadisnya;

مَنْ صَلَّى صَلَاةَالصُّبْحِ فِي مَسْجِدِ جَمَاعَةٍ يَثْبُتُ فِيهِ حَتَّى يُصَلِّيَ سُبْحَةَ الضُّحَى،كَانَ كَأَجْرِ حَاجٍّ، أَوْ مُعْتَمِرٍ تَامًّا حَجَّتُهُ وَعُمْرَتُهُ
“Sesiapamenunaikan solat subuh di masjid secara berjamaah, (kemudian) dia kekal didalam masjid sehingga menunaika solat sunat dhuha, pahalanya sepertiorang yang mengerjakan haji dan umrah secara sempurna” (al-Mu’jam al-Kabir,at-Tabrani; 7663. Dari Abu Umamah RA).


1. Menghidupkan malam hari raya dengan ibadah. Sabda Nabi SAW; “Sesiapa bangun beribadah pada malam dua hari raya kerana mengharapkan pahala dari Allah, tidak akan mati hatinya pada hari matinya hati-hati yang lain” (Sunan Ibnu Majah; 1782, dari Abu Umamah RA. Menurut an-Nawawi; hadis ini dhaif. Namun kata beliau; hadis dhaif diberi kelonggaran untuk dipakai dalam fadhilat amalan. Lihat; al-Azkar, hlm. 260).

2. Menyelesaikan zakat fitrah sebelum solat hari raya. Ibnu ‘Umar RA menceritakan; “Nabi SAW menyuruh dikeluarkan zakat fitrah sebelum orang ramai keluar menunaikan solat hari raya” (Musnad Ahmad; 6467, isnadnya soheh. Jami’ at-Tirmizi; 677, hasan soheh).

Abdullah bin ‘Abdurrahman bin Abi Sa’sa’ah al-Anshari menceritakan; Abu Sa’id al-Khudri –radhiyallahu ‘anhu- berkata kepadanya; “Sesungguhnya aku melihat kamu suka menternak kambing dan suka tinggal di pedalaman. Maka apabila kamu berada bersama kambing kamu atau di kampung pedalaman kamu, kemudian hendak melaungkan azan untuk memberitahu masuknya waktu solat, hendaklah kamu tinggikan suara ketika menyebutkan seruan azan itu, kerana sejauh mana suara muazzin itu didengari oleh jin atau manusia atau apa benda sekalipun maka mereka akan menjadi saksi untuknya di akhirat kelak”. Berkata Abu Sa’id; “Aku telah mendengar hadis ini dari Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam-“.
(Riwayat Imam al-Bhukhari)

Dari Anas bin Malik –radhiyallahu ‘anhu-; Sesungguhnya Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda; “Apabila makan petang telah dihidangkan, mulailah dengan makan sebelum mengerjakan solat maghrib. Janganlah tergesa-gesa (menunaikan solat maghrib) dengan meninggalkan makan petang kamu”.
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)