Blog AQIS

Koleksi Penulisan Blog Ustaz Ahmad Adnan

Jangan lupa untuk kongsikan email anda disini supaya kami boleh memberitahu tentang penulisan terkini
Kandungan blog ini sesuai untuk paparan komputer desktop dan notebook sahaja untuk masa ini

Dari Blog mutiara-sunnahnabi.blogspot.com

Nabi SAW bersabda;

فَمَنِ ‌اتَّقَى ‌الشُّبُهَاتِ اسْتَبْرَأَلِدِينِهِ، وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الْحَرَامِ

“Sesiapa memelihara dirinya dari perkara syubhah, makasesungguhnya dia mengambil sikap menjaga agama dan kehormatan diri. Sesiapa yangterjatuh dalam yang syubhah, maka dia mungkin akan terjatuh ke dalam yangharam” (HR Muslim).

Sabda Nabi SAW;

دَعْ مَاْ يَرِيبُكَ إِلَى مَا لاَ يَرِيبُكَ

‘Tinggalkanlah perkara yangmeragukan kamu (dengan beralih) kepada perkara yang tidak meragukan kamu (yakniyang tidak menimbulkan syubhat bagimu)” (HR al-Tirmizi dan al-Nasai. Hadishasan soheh).


Sabda Nabi SAW; “Seorang anak tidak akan berupaya membalas jasa-jasa ibu-bapanya melainkan apabila ia menemui ibu-bapanya seorang hamba yang dimiliki, lalu ia membelinya dan membebaskannya” (Hadis riwayat Imam Muslim, at-Tirmizi dan an-Nasai dari Abu Hurairah RA).