Blog AQIS

Koleksi Penulisan Blog Ustaz Ahmad Adnan

Jangan lupa untuk kongsikan email anda disini supaya kami boleh memberitahu tentang penulisan terkini
Kandungan blog ini sesuai untuk paparan komputer desktop dan notebook sahaja untuk masa ini

Dari Blog mutiara-sunnahnabi.blogspot.com

Abdullah bin Mas’ud RA menceritakan;

أن النبي صلى الله عليه وسلم (كان فيالركعتين الأوليين كأنه على الرَّضْف)

“Nabi SAW ketika (duduk di hujung) rakaat kedua (yakni duduktahiyyat awal), baginda (duduk dengan ringkas) seolah seperti duduk di atasbatu yang panas” (HR Abu Daud dan al-Tirmizi, hadis hasan. Al-Majmuk; 3/416).

Sabda Nabi SAW;

مَنْ حَافَظَ عَلَى أَرْبَعِ ‌رَكَعَاتٍ ‌قَبْلَ ‌الظُّهْرِ،وَأَرْبَعٍ بَعْدَهَا، حَرُمَ عَلَى النَّار

“Sesiapa memelihara 4 rakaat (solat sunat) sebelum zohor dan4 rakaat (solat sunat) selepasnya, terpelihara (dirinya) dari neraka” (SunanAbi Daud; 1262).


Nabi SAW bersabda;

لعن الله الخمر، وشاربها ،وساقيها ، وبائعها ، ومبتاعها ، وعاصرها ، ومعتصرها ، وحاملها ، والمحمولة إليه ،وآكل ثمنها

“Allah melaknat arak, peminum arak, pemberi minum,penjualnya, pembelinya, pemerahnya, yang meminta diperah untuknya, pembawanya,yang dibawa untuknya dan yang memakan hasil jualannya” (Sunan Abu Daud, dariIbnu ‘Umar RA).

Sabda Nabi SAW;

مَنْ سُئِلَ عَنْ عِلْمٍ فَكَتَمَهُأَلْجَمَهُ اللَّهُ بِلِجَامٍ مِنْ نَارٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Sesiapa ditanya tentang suatu ilmu, lalu diamenyembunyikannya, nescaya Allah akan menambat hidung/mulutnya dengan talitambatan neraka pada hari kiamat nanti” (HR Abu Daud, al-Tirmizi dan IbnuMajah).

 Ibnu ‘Umar RA menceritakan; “Aku menghafal dari Nabi SAW 10 rakaat solat sunat, iaitu;

-      2 rakaat sebelum zohor,

-      2 rakaat selepas selepaszohor

-      2 rakaat selepas maghrib

-      2 rakaat selepas insyak, dan;

-      2 rakaat sebelum subuh”.

(Soheh al-Bukhari; 1180).

Ibnu ‘AbbasRA menceritakan; “Aku tidur di rumah ibu saudaraku Maimunah binti al-HarithRA -isteri Rasulullah SAW-, ketika itu baginda bermalam di rumah Maimunah.Setelah mengerjakan solat isyak, baginda pulang ke rumahnya, kemudianmengerjakan solat sunat 4 rakaat, kemudian tidur, dan kemudian bangunberqiamullail…” (Soheh al-Bukhari; 117).

Saidatina ‘Aisyah RA turut menceritakan; tidak pernah RasulullahSAW pulang ke rumahku setelah mengerjakan solat Isyak melainkan baginda akan mengerjakanpula solat 4 rakaat atau 6 rakaat (Sunan Abu Daud; 1303).

Ibnu Mas’ud RA menceritakan;

مَنْ صَلَّى أَرْبَعًا بَعْدَ الْعِشَاءِ لَا يَفْصِلُ بَيْنَهُنَّ بِتَسْلِيمٍ، عَدَلْنَ بِمِثْلِهِنَّ مِنْ لَيْلَةِ الْقَدْرِ 

“Sesiapa mengerjakan solat sunat 4 rakaat selepas isyak tanpa diselangi antaranya dengan salam, sama seperti dia mengerjakan 4 rakaat pada malam al-Qadar (Lailatul Qadar)” (Mushannaf Ibnu Abi Syaibah; 2/127, isnadnya baik).

Menurut Imam al-Syaukani; hadis tersebut menunjukkan bahawadisyariatkan solat sunat 4 rakaat atau 6 rakaat selepas isyak dan ia tergolongdalam solat malam (yakni bukan ba’diyah Isyak) (Nailul Autar, 3/24). Imam IbnuQudamah pula menggolongkannya dalam tatawwu’ ma’a al-rawatib (solat-solat sunatbersama solat-solat rawatib) (al-Mughni, 2/96).


1. Orang bersin ucap tahmid. Orang yang dengar ucap tasymit (يرحمك الله). Orang bersin menjawab tasymit;  (يهديكم الله ويصلح بالكم).

2. Menutup mulut dan merendahkan suara.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا عَطَسَ غَطَّى وَجْهَهُ بِيَدِهِ أَوْ ثَوْبِهِ وَغَضَّ بِهَا صَوْتَهُ. رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ وَأَبُو دَاوُدَ. وَقَالَ التِّرْمِذِيُّ: هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيح

Abu Hurairah RA menceritakan; Nabi SAW apabila bersin baginda akan menutup mukanya dengan tangannya atau pakaiannya serta merendahkan suaranya (HR al-Tirmizi dan Abu Daud. Hadis hasan soheh).

(وَغَضَّ) أَيْ: خَفَضَ أَوْ نَقَصَ بِهَا، أَيْ: بِالْعَطْسَةِ أَوْ بِالتَّغْطِيَةِ (صَوْتَهُ) : وَالْمَعْنَى لَمْ يَرْفَعْهُ بِصَيْحَةٍ، وَالْجَارُّ وَالْمَجْرُورُ مُتَعَلِّقٌ بِصَوْتِهِ.
Rujukan; Mirqaat al-Mafatih.

Dalam riwayat al-Hakim;

عن أبي هريرة ـ رضي الله عنه ـ قال: قال رسول الله ـ صلى الله عليه وسلم ـ: (إذا عطس أحدكم فليضع كفيه على وجهه، وليخفض صوته) 

Berkata Ibnu Muflih dalam kitabnya al-Adab al-Syar'iyyah;

(ويُسن أن يغطي العاطس وجهه، ويخفض صوته إلا بقدر ما يسمع جليسه ليشمته.

(https://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=205122)

3. Jika seorang bersin berulang-ulang kali dan mengucapkan tasymit setiap kali bersin, kita dituntut bertasymit hingga tiga kali sahaja.


عَنْ إِيَاسِ بْنِ سَلَمَةَ بْنِ الْأَكْوَعِ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «يُشَمَّتُ الْعَاطِسُ ثَلَاثًا، فَمَا زَادَ فَهُوَ مَزْكُومٌ»

Dari Salamah bin al-Akwa' RA menceritakan; Rasulullah SAW bersabda; "Ditasymitkan orang bersin sebanyak tiga kali. Adapun yang lebih dari itu, maka orang yang bersin itu ditimpa zukam (selesema)" (Sunan Ibnu Majah; 3714).

Berkata DR Mustafa al-Bugha; maksud mazkum ialah ditimpa zukam (selesema; Kamus Marbawi) hingga menyebabkan dia banyak bersin, maka tidak perlu lagi mentasymitnya (Mukhtasar Sunan Ibnu Majah).

Hadis yang sama terdapat dalam Soheh Muslim; 2993, al-Tirmizi; 2743 (hasan soheh), Abu Daud; 5037.

Berkata Imam al-Nawawi; jika seseorang itu berulang bersin berturut-turut, maka yang menjadi sunnah mentasymitnya setiap kali ia bertahmid hingga sampai tiga kali.

Berkata Syeikh Ibnu Uthaimin; jika ia bersin tiga kali dan engkau telah mentasymitnya tiga kali, setelah itu (jika ia bersin lagi), katakan kepadanya; "عافاك الله إنك مزكزم".

Rujukan; (islamqa.info/ar/answer/170266).

Sabda Nabi SAW: "Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian ia ikuti dengan berpuasa enam 6 dalam bulan Syawal, ia seperti berpuasa sepanjang tahun" (Soheh Muslim; 1164/204. Dari Abu Ayyub al-Ansari RA. Hadis turut terdapat dalam Sunan/Jami' at-Tirmizi; 759 dan Sunan Abu Daud; 2433).

Saudara2 yang dalam kesusahan ketika ini, jika anda banyak berbuat kebajikan ketika senang dulu, jangan khuatir kerana Allah pasti akan membantu saudara. Saidatina Khadijah pernah memberi semangat kepada Nabi SAW (ketika ketakutan baginda semasa wahyu pertama); 'Demi Allah, Allah sekali-kali tidak akan mengecewakan kamu, kerana kamu sentiasa bersilaturrahim, membantu orang yang susah, memuliakan tetamu, menolong dalam menuntut hak...' (al-Bukhari; 4953). 

Malah saudara boleh bertawassul dengan amalan-amalan kebaikan/kebajikan yang lalu umpama kisah tawassul 3 orang yang terkandas dalam gua (Soheh al-Bukhari; 2272). 

Jika saudara dahulu sentiasa leka, kesusahan saudara adalah ingatan Allah untk saudara supaya kembali kepadaNya. Tiada jalan lain bagi saudara melainkan taubat dan banyak istighfar. Sabda Nabi SAW (bermaksud); '“Sesiapa yang sentiasa beristighfar, Allah akan menjadikan untuknya jalan penyelesaian bagi segala kedukaannya, jalan keluar bagi segala kesempitannya serta Allah akan mengurniakan rezki kepadanya dari arah yang tidak disangkanya” (Sunan Abu Daud; 1518). 

Kata ulamak; beristighfarlah beribu ribu ribu kali, insya Allah bantuan Allah segera datang.

Dari Atha’ bin Yasar –radhiyallahu ‘anhu- bahawa Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda; “Tidak halal sedekah bagi orang kaya melainkan kepada lima orang;
1. Seorang yang berperang di jalan Allah,
2. Amil yang dilantik untuk menguruskan zakat,
3. Seorang yang menanggung hutang,
4. Seorang lelaki yang membeli harta zakat (dari orang yang menerimanya) dengan hartanya,
5. Seorang lelaki yang mempunyai jiran yang miskin, lalu ia bersedekah kepada jiran miskinnya itu, kemudian si miskin itu memberi hadiah pula kepada si kaya itu”.
(Riwayat Imam Malik dan Abu Daud).