Blog AQIS

Koleksi Penulisan Blog Ustaz Ahmad Adnan

Jangan lupa untuk kongsikan email anda disini supaya kami boleh memberitahu tentang penulisan terkini
Kandungan blog ini sesuai untuk paparan komputer desktop dan notebook sahaja untuk masa ini

Dari Blog mutiara-sunnahnabi.blogspot.com

Nabi SAW bersabda;

«إِنَّ اللَّهَ ‌تَجَاوَزَ لِي عَنْأُمَّتِي مَا وَسْوَسَتْ بِهِ صُدُورُهَا، مَا لَمْ تَعْمَلْ أَوْ تَكَلَّمْ»

“Sesungguhnya Allah tidak mengambil kira dari umatku apa-apa(kejahatan) yang dibisikkan oleh hati mereka selama mereka tidak melakukannyaatau menuturkannya” (Soheh al-Bukhari; 2528).

Malik al-Huwairith RA yang menceritakan;

“Aku dan beberapa orang pemuda yang sebaya pernah tinggalbersama Nabi SAW selama 20 hari 20 malam. Baginda adalah seorang yang sangatpenyayang dan bersimpati. Maka apabila baginda melihat kami telah merinduikeluarga kami, baginda berkata kepada kami; “Pulanglah kamu kepada keluargakamu, tinggallah bersama mereka, ajarkan mereka (agama) serta suruhlah mereka(mengerjakan suruhan-suruhan agama) dan tunaikanlah solat sebagaimana kamumelihat aku menunaikan solat…” (Soheh al-Bukhari).

NabiSAW bersabda; Allah berfirman (dalam hadis qudsi);

“Tidak ada amalan yang paling Aku sukai hambaku (melakukannyauntuk) mendekatkan dirinya kepadaKu melebihi dari amalan yang telah akufardhukan ke atasnya. Dan berterusanlah hambaKu mendekatkan dirinya kepadaKudengan (mengerjakan) amalan-amalan yang sunat hinggalah Aku kasih kepadanya.Apabila Aku kasih kepadanya, maka Akulah (yang menjaga) pendengarannya yang iamendengar dengannya, Akulah (yang menjaga) penglihatannya yang ia melihatdengannya, Akulah (yang menjaga) tangannya yang ia menyentuh dengannya danAkulah juga (yang menjaga) kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan demi jika iameminta kepadaKu, pasti Aku akan berikan kepadanya dan demi jika ia memohonperlindungan kepadaKu, pasti Aku berikan perlindungan kepadanya” (HR al-Bukhari)

 Ibnu ‘Umar RA menceritakan; “Aku menghafal dari Nabi SAW 10 rakaat solat sunat, iaitu;

-      2 rakaat sebelum zohor,

-      2 rakaat selepas selepaszohor

-      2 rakaat selepas maghrib

-      2 rakaat selepas insyak, dan;

-      2 rakaat sebelum subuh”.

(Soheh al-Bukhari; 1180).

Ibnu ‘AbbasRA menceritakan; “Aku tidur di rumah ibu saudaraku Maimunah binti al-HarithRA -isteri Rasulullah SAW-, ketika itu baginda bermalam di rumah Maimunah.Setelah mengerjakan solat isyak, baginda pulang ke rumahnya, kemudianmengerjakan solat sunat 4 rakaat, kemudian tidur, dan kemudian bangunberqiamullail…” (Soheh al-Bukhari; 117).

Saidatina ‘Aisyah RA turut menceritakan; tidak pernah RasulullahSAW pulang ke rumahku setelah mengerjakan solat Isyak melainkan baginda akan mengerjakanpula solat 4 rakaat atau 6 rakaat (Sunan Abu Daud; 1303).

Ibnu Mas’ud RA menceritakan;

مَنْ صَلَّى أَرْبَعًا بَعْدَ الْعِشَاءِ لَا يَفْصِلُ بَيْنَهُنَّ بِتَسْلِيمٍ، عَدَلْنَ بِمِثْلِهِنَّ مِنْ لَيْلَةِ الْقَدْرِ 

“Sesiapa mengerjakan solat sunat 4 rakaat selepas isyak tanpa diselangi antaranya dengan salam, sama seperti dia mengerjakan 4 rakaat pada malam al-Qadar (Lailatul Qadar)” (Mushannaf Ibnu Abi Syaibah; 2/127, isnadnya baik).

Menurut Imam al-Syaukani; hadis tersebut menunjukkan bahawadisyariatkan solat sunat 4 rakaat atau 6 rakaat selepas isyak dan ia tergolongdalam solat malam (yakni bukan ba’diyah Isyak) (Nailul Autar, 3/24). Imam IbnuQudamah pula menggolongkannya dalam tatawwu’ ma’a al-rawatib (solat-solat sunatbersama solat-solat rawatib) (al-Mughni, 2/96).


Sabda Nabi SAW;
أَكْبَرُ الكَبَائِرِ: الإِشْرَاكُ بِاللَّهِ، وَقَتْلُ النَّفْسِ، وَعُقُوقُ الوَالِدَيْنِ، وَقَوْلُ الزُّورِ، - أَوْ قَالَ: وَشَهَادَةُ الزّ
"Dosa-dosa paling besar;
1. Mensyirikkan Allah,
2. Membunuh,
3. Menderhakai dua ibu-bapa, dan;
4. Memberi kesaksian palsu/batil".
(Soheh al-Bukhari; 7871. Dari Anas bin Malik RA).

* Syahadatu az-Zur; 
1. Memberi kesaksian palsu/batil,
2. Menghadiri majlis-majlis dusta, fasik, kufur, hiburan melalaikan
(Irsyad as-Sari, al-Qastalani; 4/384).

1. Hadis Ibnu 'Abbas RA yangmenceritakan; Dia pernah mengikut Nabi SAW mengerjakan solat malam(qiyamullail) di rumah baginda, iaitu berjamaah dengannya (Lihat; Sohehal-Bukhari; 183. Muslim; 763/181).

2. Hadis Anas bin Malik RA yangmenceritakan; Aku, seorang budak yatim dan ibuku (Ummu Sulaim) telahmengerjakan solat berjamaah di belakang Nabi SAW di rumah kami. Aku  danbudak yatim berdiri di belakang Nabi SAW dan ibuku berdiri di belakang kami)(Soheh al-Bukhari; 727, 871. Muslim; 658/266).

3. Hadis 'Itban bin Malik RA yangmenceritakan; Nabi SAW datang kerumahnya dan berkata; 'Di mana tempat di rumahmuyang kamu suka aku solat di situ?". Aku menunjukkan satu tempat. Lalubaginda bertakbir (melakukan solat) dan kami membuat saf di belakangnya (yakniturut berjamaah dengannya). Baginda solat sebanyak dua rakaat. (Sohehal-Bukhari; 424. Muslim; 263/33).

Imam an-Nawawi menjelaskan (dengan berdalilkan hadis-hadis di atas); “Solat-solatselain solat hari raya, solat gerhana, solat istisqa’, solat terawih dan witirselepasnya –seperti solat-solat sunat rawatib, dhuha dan sunat-sunat mutlak- tidakdisyariatkan berjamaah, yakni tidak disunatkan berjamaah, namun jika dilakukansecara berjamaah dibolehkan dan tidak dianggap makruh” (al-Majmu’, 4/55).

ANJING; AYAT-AYAT AL-QURAN DAN BEBERAPA HADIS SOHEH TENTANGNYA

Di dalam al-Quran, anjing disebut pada 2 tempat;

1. Surah al-A’raf (ayat 176). Maksud ayat; “Kalau Kami kehendaki, nescaya Kami angkat darjatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan mengikuti hawa nafsunya. Maka perumpamaannya seperti anjing; jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan juga lidahnya. Begitulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka Ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir”.

2. Surah al-Kahfi (ayat 22). Maksud ayat; “(Sebahagian dari) mereka akan berkata; ‘(Bilangan Ashabul Kahfi itu) ialah tiga orang, yang keempat adalah anjing mereka’, dan (setengahnya) pula berkata: ‘(Bilangan mereka) adalah lima orang, yang keenam adalah anjing mereka’, sebagai tekaan terhadap perkara yang gaib. Dan (setengah lain lagi) berkata: ‘(Bilangan mereka) ialah tujuh orang, yang kelapan adalah anjing mereka’…”.

Hadis-hadis pula;


1. Menghidupkan malam hari raya dengan ibadah. Sabda Nabi SAW; “Sesiapa bangun beribadah pada malam dua hari raya kerana mengharapkan pahala dari Allah, tidak akan mati hatinya pada hari matinya hati-hati yang lain” (Sunan Ibnu Majah; 1782, dari Abu Umamah RA. Menurut an-Nawawi; hadis ini dhaif. Namun kata beliau; hadis dhaif diberi kelonggaran untuk dipakai dalam fadhilat amalan. Lihat; al-Azkar, hlm. 260).

2. Menyelesaikan zakat fitrah sebelum solat hari raya. Ibnu ‘Umar RA menceritakan; “Nabi SAW menyuruh dikeluarkan zakat fitrah sebelum orang ramai keluar menunaikan solat hari raya” (Musnad Ahmad; 6467, isnadnya soheh. Jami’ at-Tirmizi; 677, hasan soheh).

Di dalam al-Quran disebut susu ternakan secara umum (lihat; an-Nahl, ayat 66). Ia merangkumi susu lembu, unta, kambing dan biri-biri. Hadis ada menyebutkan kelebihan susu tertentu secara khusus.

1) SUSU LEMBU; Sabda Nabi SAW; “Allah tidak menurunkan penyakit melainkan dia menurunkan bersamanya ubat. Hendaklah kamu mengamalkan susu lembu, kerana ia makan dari pokok-pokok” (Soheh Ibnu Hibban; 6075, dari Ibnu Mas’ud RA. Status hadis; isnadnya soheh. Lihat; Tahqiq Soheh Ibnu Hibban, Syeikh Syu’aib al-Arnaut).

Dari hadis ini, para ulamak thib nabawi menyimpulkan; susu-susu yang datang dari lembu berbeza antara satu sama lain bergantung kepada padang rumputnya. Padang rumput di kawasan panas menjadikan susu bersifat panas dan padang rumput di kawasan sejuk menjadikan susu bersifat sejuk. Jenis-jenis rumput yang dimakan juga akan memberi kesan kepada susu yang terhasil. Kerana itu susu dapat memberikan manfaat ubatan bagi penyakit yang pelbagai mengikut manfaat daun yang dimakannya. (Soheh at-Thib an-Nabawi, Imam Syamsyuddin Abi ‘Abdillah al-Ba’li al-Hanbali ad-Dimasyqi, halaman 98).

Menurut kitab Thib Nabawi (Ibnul Qayyim); susu lembu adalah susu paling seimbang dan paling baik, berada di tengah2 antara susu biri2 dan susu kambing biasa dalam segala segi (hlm. 325).


2) SUSU UNTA; dalam Soheh al-Bukhari ada diceritakan; Nabi SAW menyuruh beberapa yang sakit di Madinah supaya berubat dengan susu unta (Soheh al-Bukhari; 5686). Ada diriwayatkan juga dari Nabi SAW; "Pada susu unta terdapat penawar bagi zaribah" (Syarah Musykil al-Atsar (Ibnu al-Munzir); 654, dari Ibnu 'Abbas RA). Zaribah ialah perut yanng menghadapi masalah penghadaman (Fathul-Bari, 13/70. an-Nihayah).

Kandungan susu unta mendedahkan mukjizat kenabian sama seperti unta juga yang disuruh Allah supaya manusia melihat kebesaran Allah darinya; "Apakah mereka tidak melihat kepada unta; bagaimana ia diciptakan?" (al-Ghasyiyah, ayat 17);
a) Nisbah lactose (gula susu) dalam susu unta merupakan yang paling tinggi berbanding susu-susu yang lain, iaitu 5.78%. Kerana itu susu unta lebih manis. Laktose ini dicerna oleh enzyme lactase di dalam badan untuk menjadi glukosa dan galaktosa (gula yang lebih sederhana) untuk menghasilkan tenaga kepada tubuh.
b) Susu unta mempunyai kandungan lemak yang paling rendah iaitu 2.9%, berbanding 7.6% dalam susu kerbau, 5.5% dalam susu biri-biri, 4.5% dalam susu lembu dan 3.8% dalam susu kambing biasa. Oleh itu, risiko peningkatan kolestral dengan meminum susu unta lebih rendah dari susu-susu yang lain.
c) Air; nisbah air dalam susu unta ialah 89.6%. Nisbah ini adalah yang paling tinggi jika dibandingkan dengan susu-susu yang lain. Ia sesuai dengan keperluan penduduk di padang pasir yang panas yang menjadi pengguna terbanyak bagi susa unta. Dengan meminum susa unta akan menghilangkan dahaga mereka hampir seperti meminum air.
d) Susu unta kaya dengan vitamin H iaitu tiga kali ganda dari susu-susu lain.
e) Kandungan protein dalam susu unta sekitar 2.5 hingga 4.5%, iaitu lebih rendah dari nisbah protein yang ada dalam susu lembu dan kambing. Nisbah casein dalam protein susu unta iaitu 70% -berbanding 80% dalam susu lembu-, menjadikan susu unta lebih mudah dihadamkan oleh perut. Oleh itu, susu unta paling sesuai diberikan kepada pesakit dalam tempoh pemulihan/rawatan.
f) Susu unta mengandungi bahan-bahan yang dapat mengatasi racun/toksik dan bacteria serta bahan-bahan yang dapat meningkatkan imuniti tubuh bagi melawan penyakit. Kerana itu susu unta amat sesuai diberikan kepada pengidap asma, diabetis, tuberculosis (batuk kering), radang hati (hepatitis), sirosis (penyakit hati; sel-sel hati mati), luka/ulser sistem penghadaman (digestive) dan kanser.
g) Susu unta mempunyai garam-garam mineral seperti kalsium, magnesium, potassium dan sodium yang lebih tinggi berbanding susu lembu dan kambing. Begitu juga ia kaya dengan zat besi, tembaga, manjiniz dan zink. Kelebihan ini menambah khasiat pengubatan yang ada pada susu unta khususnya bagi orang-orang yang menghadapi masalah tekanan darah rendah dan lemah sistem badan, begitu juga untuk kanak-kanak dan orang yang telah lanjut usia.
h) Susu unta kaya dengan vitamin C iaitu tiga kali ganda dari susu lembu dan 1.5 kali ganda dari susu ibu. Ini menambahkan lagi manfaat susu unta kepada penduduk yang tinggal di kawasan kering dan kemarau seperti padang pasir di mana mereka tidak berpeluang menikmati buah-buah dan sayur-sayuran kecuali jarang-jarang. Maka keperluan vitamin C oleh tubuh mereka ditampung oleh susu unta. Itulah kebesaran Allah yang sentiasa mencukupi keperluan hamba-hambaNya mengikut cara yang ditetapkannya.
i) Susu unta bersifat alkali, namun ia cepat berubah menjadi bersifat asid apabila dibiarkan beberapa lama.
(at-Tadawa Bi Alban al-Ibil wa Abwaliha, Syihab al-Badari Yasin, halaman 25-31, 110-115). Dipetik dari buku; 101 Hadis Pengubatan Nabi, ustaz Ahmad Adnan.


3) SUSU KAMBING; Pemerhatian saya hingga setakat ini belum lagi bertemu hadis Nabi SAW tentang khasiat/kelebihan susu kambing secara khusus, berbanding susu lembu dan susu unta (yang disebut oleh hadis-hadis sebelum ini). Kesimpulan saya setakat ini; dalam thib nabawi, susu unta dan susu lembu lebih baik. Dalam kitab Mustadrak al-Hakim terdapat hadis; "Pada susu lembu terdapat penawar bagi semua penyakit" (hadis no. 7423, menurut al-Hakim; hadis soheh). Namun difahami dari hadis sebelum ini bahawa manfaat susu lembu bergantung kepada daun/rumput yang dimakannya, kerana itu pemakanannya perlu diperhatikan. Malah terdapat hadis menyebutkan; "Nabi SAW melarang dari minum susu dari binatang ternak yang diberi makan najis" (Jami' at-Tirmizi; 1824, hadis hasan gharib).

Kedua-duanya amat baik, disebut dalam al-quran. Namun yang mana lebih baik? Susu disebut di 2 tempat (Muhammad; 15. an-Nahl; 66), madu juga di 2 tempat sahaja (Muhammad; 15. an-Nahl; an-Nahl; 69).
Dalam hadis Mikraj, Nabi SAW menceritakan; (setelah melihat sidratul muntaha), di bawa kepada baginda tiga bekas minuman; satu berisi arak, satu berisi susu dan satu bekas lagi berisi madu. Baginda mengambil bekas berisi susu. Lantas Jibril berkata; “Engkau dan umatmu telah menemui fitrah” (Soheh al-Bukhari; 5610). Dalam riwayat lain diceritakan; “Nabi SAW minum sedikit dari bekas berisi madu dan minum hingga puas dari bekas berisi susu. Adapun bekas berisi arak baginda tidak minum darinya sedikitpun” (Fathul Bari; 8/648).
Para ulamak mengulas; hadis ini menunjukkan kelebihan susu dari semua jenis minuman/makanan yang lain, tambahan pula Nabi SAW bersabda; “Tidak ada makanan atau minuman yang dapat memenuhi keperluan manusia yang setanding dengan susu” (Jami' at-Tirmizi; 3455, hasan).
Susu lebih murah dan lebih senang didapati, maka dapat dinikmati semua orang, berbanding madu yang susah dan mahal, hanya orang tertentu sahaja dapat menikmatinya. itulah kurniaan ilahi untuk hambanya.

(1) Sabda Nabi SAW; "Apabila berbaki separuh daripada bulan sya'ban janganlah kamu berpuasa (hinggalah tiba ramadhan)" (Jami' at-Tirmizi; 738, hasan soheh).
(2) Sabda Nabi SAW; "Janganlah sesiapa mendahului Ramadhan dengan puasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seorang yang sudah biasa berpuasa, maka bolehlah ia berpuasa" (Soheh al-Bukhari; 1914).
(3) 'Ammar bin Yasir RA berkata; "Sesiapa berpuasa pada hari syak (30 sya'ban) dia mengingkari Abal Qasim (Nabi Muhammad SAW)" (HR al-Bukhari secara mu'allaq dan at-Tirmizi. Jami' at-Tirmizi; 686, hasan soheh).
 

Menurut Imam ar-Ruyani; hukum puasa selepas nisfu sya'ban adalah makruh. Adapun puasa sehari atau dua hari sebelum ramadhan hukumnya haram (Tuhfah al-Ahwazi; 2/275). Namun menurut ulamak dikecuali dari larangan tersebut tiga orang;
1. Orang yang meneruskan puasa yang dimulainya sebelum bulan
sya'ban masuk separuh kedua (yakni sebelum 16 sya'ban), sekurang-kurangnya ia berpuasa dari 15 sya'ban.
2. Orang yang meneruskan kebiasaan puasanya; seperti ia biasa berpuasa isnin dan khamis atau puasa nabi daud AS.
3. Puasa qadha, nazar dan kaffarah.

Diriwayatkan daripada Ibnu 'Abbas r.huma bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: "Penyembuh itu terdapat pada tiga perkara: Berbekam, minum madu, al-kayy, Aku menegah umatku daripada al-kayy" (sahih Al-Bukhari: 5680)

Sabda Nabi SAW; “Hendaklah kamu menggunakan ‘Ud Hindi. Padanya ubat/penyembuhan bagi tujuh penyakit antaranya menitiskannya ke dalam hidung untuk mengubati al-‘uzrah dan dimasukkan ke dalam mulut (melalui sebelah kanan atau kirinya) untuk mengubati Zatil-Janbi” (Soheh al-Bukhari: 5692).

Menurut ulamak; 'Ud Hindi dalam hadis di atas menyamai al-Qustu yang disebut dalam hadis Nabi yang lain; “Sesungguhnya cara pengubatan yang paling sesuai bagi kamu ialah al-hijamah dan al-Qustu al-Bahri” (Soheh al-Bukhari: 5696).


Menurut Thib Nabawi (Ibnul-Qayyim); menghilangkan kahak, melegakan resdung, selsema dan demam, lemah hati dan penghadaman, sakit dada.


Kita tidak boleh mendabik dada bahawa kita akan menjadi ahli syurga di akhirat nanti kerana Allah boleh mengubah segalanya termasuk hati. Sabda Nabi SAW; "Hati semua manusia berada di antara dua jari Yang Maha Rahman, Dia boleh mengubahnya mengikut kehendakNya" (al-Hadith. Soheh Muslim; 2654/17). Namun perjalanan kita hari ini boleh memberi petunjuk masa depan kita;
1. Jika kita suka menuntut ilmu agama, itu tanda kita sedang menuju ke syurga. Sabda Nabi SAW; "Sesiapa melalui satu jalan untuk mencari suatu ilmu (Allah), Allah akan mudahkan jalannya ke Syurga" (Soheh Muslim; 2699/38).
2. Jika kita bersih hati, itu tanda kita akan diterima Allah di akhirat. "Hari (kebangkitan) ialah hari yang tidak memberi manfaat harta dan anak-pinak, kecuali orang yang datang kepada Allah dengan hati bersih" (Maksud al-Quran; as-Syu'ara', ayat 88-89).

Saudara2 yang dalam kesusahan ketika ini, jika anda banyak berbuat kebajikan ketika senang dulu, jangan khuatir kerana Allah pasti akan membantu saudara. Saidatina Khadijah pernah memberi semangat kepada Nabi SAW (ketika ketakutan baginda semasa wahyu pertama); 'Demi Allah, Allah sekali-kali tidak akan mengecewakan kamu, kerana kamu sentiasa bersilaturrahim, membantu orang yang susah, memuliakan tetamu, menolong dalam menuntut hak...' (al-Bukhari; 4953). 

Malah saudara boleh bertawassul dengan amalan-amalan kebaikan/kebajikan yang lalu umpama kisah tawassul 3 orang yang terkandas dalam gua (Soheh al-Bukhari; 2272). 

Jika saudara dahulu sentiasa leka, kesusahan saudara adalah ingatan Allah untk saudara supaya kembali kepadaNya. Tiada jalan lain bagi saudara melainkan taubat dan banyak istighfar. Sabda Nabi SAW (bermaksud); '“Sesiapa yang sentiasa beristighfar, Allah akan menjadikan untuknya jalan penyelesaian bagi segala kedukaannya, jalan keluar bagi segala kesempitannya serta Allah akan mengurniakan rezki kepadanya dari arah yang tidak disangkanya” (Sunan Abu Daud; 1518). 

Kata ulamak; beristighfarlah beribu ribu ribu kali, insya Allah bantuan Allah segera datang.

"Tidak halal bagi seorang muslim berpaling dari saudaranya (*tidak bertegur sapa, bermasam muka, memutus hubungan) lebih tiga hari. Orang terbaik dari kedua mereka ialah yang mula-mula memberi salam" (HR al-Bukhari, dari Abu Ayyub RA). 

*Muhasabah; adik beradik tak bercakap bertahun-tahun kerana berebut harta pusaka. Ada yang dulu sama-sama berniaga, sekarang saling kata mengata dan berprasangka. Satu kampung, tapi berbelas tahun tak bertegur sapa kerana berbeza fahaman politik. Bapa pulau anak kerana kawin lari, masih tak terima anak walaupun dah lahir cucu. Adakah kes-kes sebegini dikecualikan dari sabda Nabi SAW tersebut. "Baginda Nabi SAW masih mesra dengan Abu Talib hingga akhir hayat Abu Talib walaupun tak sama aqidah".

Abdullah bin ‘Abdurrahman bin Abi Sa’sa’ah al-Anshari menceritakan; Abu Sa’id al-Khudri –radhiyallahu ‘anhu- berkata kepadanya; “Sesungguhnya aku melihat kamu suka menternak kambing dan suka tinggal di pedalaman. Maka apabila kamu berada bersama kambing kamu atau di kampung pedalaman kamu, kemudian hendak melaungkan azan untuk memberitahu masuknya waktu solat, hendaklah kamu tinggikan suara ketika menyebutkan seruan azan itu, kerana sejauh mana suara muazzin itu didengari oleh jin atau manusia atau apa benda sekalipun maka mereka akan menjadi saksi untuknya di akhirat kelak”. Berkata Abu Sa’id; “Aku telah mendengar hadis ini dari Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam-“.
(Riwayat Imam al-Bhukhari)

Dari Anas bin Malik –radhiyallahu ‘anhu-; Sesungguhnya Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda; “Apabila makan petang telah dihidangkan, mulailah dengan makan sebelum mengerjakan solat maghrib. Janganlah tergesa-gesa (menunaikan solat maghrib) dengan meninggalkan makan petang kamu”.
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Anas bin Malik –radhiyallahu ‘anhu- meriwayatkan dari Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- yang bersabda; “Tiga perkara. Sesiapa yang tiga perkara ini berada dalam dirinya, nescaya ia memperolehi kemanisan iman;
Allah dan RasulNya lebih ia kasih dari segala yang lain dari keduanya.
Apabila ia kasih kepada seseorang, ia tidak mengasihinya melainkan kerana Allah.
Ia benci untuk berpatah kepada kekufuran sama seperti ia benci jika dihumban ke dalam neraka”.
(Riwayat Imam al-Bukhari)

Sabda Nabi SAW;

إِذَا دُعِيَ أَحَدُكُمْ إِلَى الْوَلِيمَةِفَلْيَأْتِهَا

“Sesiapa dari kamu dijemput kenduri, hendaklah diamenghadirinya” (HR al-Bukhari dan Muslim. Bulughul Maram; 1050).

وَمَنْ لَمْ يُجِبِ الدَّعْوَةَ فَقَدْ عَصَىاللَّهَ وَرَسُولَهُ»

“Sesiapa tidak memenuhi jemputan kenduri, sesungguhnya diamemaksiati Allah dan RasulNya” (HR Muslim).