Blog AQIS

Koleksi Penulisan Blog Ustaz Ahmad Adnan

Jangan lupa untuk kongsikan email anda disini supaya kami boleh memberitahu tentang penulisan terkini
Kandungan blog ini sesuai untuk paparan komputer desktop dan notebook sahaja untuk masa ini

Dari Blog mutiara-sunnahnabi.blogspot.com

HADISMUSALSAL SURAH AL-SHOFF (الصف)

BerkataImam al-Darimi dalam kitabnya Sunan al-Darimi;

أَخْبَرَنَامُحَمَّدُ بْنُ كَثِيرٍ، عَنْ الْأَوْزَاعِيِّ، عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ،عَنْ أَبِي سَلَمَةَ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ سَلَامٍ، قَالَ: قَعَدْنَا نَفَرٌمِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَتَذَاكَرْنَافَقُلْنَا: ‌لَوْ ‌نَعْلَمُ أَيَّ الْأَعْمَالِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ تَعَالَىلَعَمِلْنَاهُ؟ فَأَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى {«سَبَّحَ لِلَّهِ مَا فِيالسَّماَوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ، وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ، يَا أَيُّهَاالَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ كَبُرَ مَقْتًا»} [الصف:2] حَتَّى خَتَمَهَا، قَالَ عَبْدُ اللَّهِ: فَقَرَأَهَا عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِصَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى خَتَمَهَا، قَالَ أَبُو سَلَمَةَ:فَقَرَأَهَا عَلَيْنَا ابْنُ سَلَامٍ: قَالَ يَحْيَى: فَقَرَأَهَا عَلَيْنَا أَبُوسَلَمَةَ، وَقَرَأَهَا عَلَيْنَا يَحْيَى، وَقَرَأَهَا عَلَيْنَا الْأَوْزَاعِيُّ،وَقَرَأَهَا عَلَيْنَا مُحَمَّدٌ

Muhammadbin Kathir memberitahu kami; (hadis dari) al-Auza'ie; dari Yahya bin Kathir;dari Abi Salamah; dari Abdullah bin Salam RA yang menceritakan; kami dan beberapasahabat yang lain duduk bermuzakarah, lalu kami berkata; jika kita mengetahui manadari amalan-amalan yang paling disukai Allah SWT nescaya kita akanmengamalkannya? Lantas Allah SWT menurunkan surah al-Saf dari permulaan surah hinggapenamatnya.

KataAbdullah RA; Nabi SAW membacanya kepada kami dari awal surah hingga penamatnya.

KataAbu Salamah; Abdullah RA membacanya kepada kami.

KataYahya; Abu Salamah turut membacanya kepada kami.

Kataal-Auza'ie; Yahya turut membacanya kepada kami.

KataMuhammad; al-Auza'ie turut membacanya kepada kami.

Kataal-Darimi; Muhammad turut membacanya kepada kami.

(Sunan al-Darimi, hadis no. 2435).

SANADMUSALSAL SURAH AL-SHOFF

بسمالله الرحمن الرحيم، والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه،أما بعد:

Saya telah telah mendengar surah ini dibacakan kepada saya (danrakan-rakan) dari awal surah hingga penamatnya oleh guru saya Syeikh MuhammadAbduh Sulaiman al-Ahdal dari awal hingga akhirnya. Kata beliau;

Telah membacanya kepada kami Syeikh Muhammad Yasinal-Fadani, katanya;

Telah membacanya kepada kami Syeikh Muhammad Abdul Baqial-Ayyubi, katanya;

Telah membacanya kepadaku al-Sayyid Muhammad Ali bin Tohiral-Watari, katanya;

Telah membacanya kepada kami Abdul Ghoniyy bin Abi Sa'idal-Mujaddidi, katanya;

Telah membacanya kepada kami Syeikh Muhammad 'Abidal-Sindi, katanya;

Telah membacanya kepada kami pamanku Muhammad Husain,katanya;

Telah membacanya kepada kami Muhammad Murad al-Ansari,katanya;

Telah membacanya kepada kami Muhammad Hashim al-Sindi,katanya;

Telah membacanya kepada kami Syeikh Abdul Qadier (muftiHanafiyah di Mekah), katanya;

Telah membacanya kepada kami Ahmad bin Muhammad al-Nakhli,katanya;

Telah membacanya kepada kami Muhammad Alauddin al-Babili,katanya;

Telah membacanya kepada kami Ahmad bin Muhammad al-Syaliti,katanya;

Telah membacanya kepada kami Muhammad bin Ahmad al-Ghaiti,katanya;

Telah membacanya kepada kami Qadhi Zakaria al-Ansari,katanya;

Telah membacanya kepada kami Ridhwan bin Muhammadal-'Aqabi, katanya;

Telah membacanya kepada kami Abu Ishaq Ibrahim bin Ahmadal-Tanukhi, katanya;

Telah membacanya kepada kami Abul 'Abbas Ahmad bin AbiTolib al-Hajjar, katanya;

Telah membacanya kepada kami Abu al-Manja Abdullah bin Umaral-Baghdadi, katanya;

Telah membacanya kepada kami Abu al-Waqti Abdul Awwal bin'Isa al-Harawi, katanya;

Telah membacanya kepada kami Abul Hasan Abdurrahman binMuhammad al-Dawudi, katanya;

Telah membacanya kepada kami Abu Muhammad Abdullah binAhmad al-Sarakhsi, katanya;

Telah membacanya kepada kami Abu 'Imran Isa bin 'Umaral-Samarqandi, katanya;

Telah membacanya kepada kami Abu Muhammad Abdillah binAbdurrahman al-Darimi, katanya;

Telah membacanya kepada kami Muhammad bin Kathir, katanya;

Telah membacanya kepada kami al-Auza'ie, katanya;

Telah membacanya kepada kami Yahya bin Abi Kathir, katanya;

Telah membacanya kepada kami Salamah bin Abdirrahman,katanya;

Telah membacanya kepada kami Abdullah bin Salam RA,katanya;

Rasulullah SAW telah membacanya (dari awal surah) hinggapenamatnya.

وصلىالله على سيدنا محمد والحمد لله رب العالمين

Al-Faqirila Rahmati Rabbihi,

AHMAD ADNAN FADZIL

المسلسل بالأولية
(حديث الرحمة)

عَنْ عَمْرِو بْنِ دِينَارٍ عَنْ أَبِي قَابُوسَ عَنْ عَبْدِاللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ
قَالَ رَسُولُاللَّهِ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ-: ((الرَّاحِمُونَ يَرْحَمُهُمُ الرَّحْمَنُارْحَمُوا مَنْ فِي الْأَرْضِ يَرْحَمْكُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ))
Diriwayatkan dari ‘Amru bin Dinar–rahimahullah-, dari Abi Qabus –rahimahullah-, dari ‘Abdullah bin ‘Amru–radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; Rasulullah –sallallahu ‘alaihiwasallam- bersabda; “Orang-orang yang pengasih akan dikasihi oleh Tuhanar-Rahman (Tuhan yang maha pengasih). Kasihanilah orang yang di bumi, nescayaakan kasih kepada kamu orang yang di langit”. (Hadis ini terdapat dalam MusnadImam Ahmad, al-Mustadrak (Imam al-Hakim), Sunan at-Tirmizi dan beberapa kitab hadislagi. Semuanya melalui Sufyan bin ‘Uyainah –rahimahullah-).

(*Hadis ini dinamakan MusalsalBil-Awwaliyah (yakni rantaian dengan hadis pertama) kerana perawi-perawi dalamrantaian rawi di atas tatkala meriwayatkan hadis ini kepada perawi selepasnyabeliau akan menyebutkan; “Hadis adalah hadis yang pertama yang saya dengar dariguru saya (yakni perawi sebelumnya)”. Wallahu a’lam).

Sanad hadis

Saya (al-Faqir Ilallah; Ahmad Adnan binFadzil al-Azhari)(26) menerima hadis ini dari guru saya Syeikh Muhammad bin‘Abduh bin Sulaiman al-Ahdal al-Yamani(25), beliau menerimanya dari beberapaguru beliau –antaranya Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani-(24) yang menerimanyadari beberapa orang guru beliau –antaranya Syeikh ‘Ali bin Falih az-Zahiri danAhmad bin ‘Abdullah al-Mukhallalati-(23) di mana mereka menerimanya dari SyeikhFalih bin Muhammad az-Zahiri(22), yang menerimanya dari Syeikh Muhammad bin‘Ali as-Sanusi al-Khattabi(21), yang menerimanya dari Syeikh Umar bin‘Abdul-Karim al-‘Attar(20), yang menerimanya dari Syeikh Ahmad bin ‘Ubaidal-Attar ad-Dimasyqi(19), yang menerimanya dari Syeikh Soleh bin Ibrahimal-Jinini(18), yang menerimanya dari Syeikh Muhammad ‘Abdu Rabbirrasulal-Barzanji(17), yang menerimanya dari Syeikh ‘Abdul-Baqi al-Ba’li al-Hanbali(16),yang menerimanya dari Syeikh Mansur al-Bahuti al-Hanbali(15), yang menerimanyadari Syeikh Yusuf ibn Syeikh Zakaria al-Ansari(14), yang menerimanya dariSyeikh Ibrahim bin ‘Abi Bakr al-Wasiti(13), yang menerimanya dari Syeikh Sadrad-Din Muhammad bin Muhammad al-Maidumi(12), yang menerimanya dari Syeikh‘Abdul-Latif bin ‘Abdul-Mun’im bin as-Saiqal al-Harrani(11), yang menerimanyadari Syeikh Abul-Faraj Abdurrahman bin ‘Ali bin al-Jauzi(10), yang menerimanyadari Syeikh Abu Sa’din Ismail bin Soleh al-Mu’zan(9), yang menerimanya dari SyeikhAbu Soleh Ahmad an-Nisaburi al-Mu’zan(8), yang menerimanya dari Syeikh Abu HamidAhmad bin Muhammad bin Bilal al-Bazzaz(7), yang menerimanya dari Syeikh ‘Abdurrahmanbin Bisyr bin al-Hakam al-‘Abdiy(6), yang menerimanya dari Sufyan bin ‘Uyainahal-Hilali –rahimahullah-(5), yang menerimanya dari ‘Amru bin Dinar–rahimahullah-(4), yang menerimanya dari Abi Qabus –rahimahullah-(3), yangmenerimanya dari ‘Abdullah bin ‘Amru al-‘As –radhiyallahu ‘anhu-(2), yangmenerimanya dari Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam-(1).

SANAD PENULISAN IMAM AS-SUYUTI

  1. Saya (Ahmad Adnan bin Fadzil) menerima sanad kitab-kitab karya Imam as-Suyuti dari;
  2. Guru saya Syeikh al-Qasim bin Ibrahim al-Bahr, dari;
  3. Syeikh Muhammad bin Sulaiman Idrisi al-Ahdal, dari;
  4. Syeikh Sulaiman Idrisi bin Muhammad al-Ahdal dan Syeikh Ahmad Idrisi bin Muhammad al-Ahdal, dari;
  5. Syeikh Muhammad bin Sulaiman (al-Ausat) al-Ahdal, dari;
  6. Syeikh Abdurrahman bin Sulaiman al-Ahdal, dari;
  7. Syeikh Sulaiman bin Abdullah al-Ahdal (Abi ar-Rabi'), dari;
  8. Syeikh Abdullah bin Sulaiman al-Ahdal dan Syeikh Abdurrahman bin Sulaiman al-Ahdal, dari;
  9. Syeikh Sulaiman bin Yahya al-Ahdal, dari;
  10. Syeikh Ahmad bin Muhammad Syarif Maqbul al-Ahdal, dari; 
  11. Syeikh Yahya bin Umar al-Ahdal, dari;
  12. Syeikh Abu Bakar bin Ali al-Bitah al-Ahdal, dari;
  13. Syeikh Yusuf bin Muhammad al-Bitah al-Ahdal, dari;
  14. Syeikh at-Tahir bin Husain al-Ahdal, dari;
  15. Syeikh al-Hafidz Ibnu ad-Diba', dari;
  16. Imam as-Suyuti (iaitu Imam Jalaluddin Abdurrahman bin Abi Bakr as-Suyuti).

SANAD KEPADA IMAM AN-NAWAWI
(AWAL HADIS KITAB RIYADHUS-SOLIHIN)

بسمالله الرحمن الرحيم
1.      Saya (al-Faqir Ilallah Ahmad Adnan bin Fadzil) meriwayatkanyadari;
2.      Guru saya; Syeikh al-Qasim bin Ibrahim al-Bahr(الشيخقاسم بن إبراهيم البحر الحسيني), dari;
3.      Syeikh Muhammad bin Sulaiman Idrisi al-Ahdal (الشيخمحمد بن سليمان إدريسي الأهدل), dari;
4.      Syeikh Sulaiman Idrisi bin Muhammad al-Ahdal (الشيخسليمان إدريسي بن محمد الأهدل) dan
5.      Syeikh Ahmad Idrisi bin Muhammad al-Ahdal (الشيخأحمد إدريسي بن محمد الأهدل), dari;
6.      Syeikh Muhammad bin Sulaiman (al-Ausat)al-Ahdal (الشيخ محمد بن سليمان الأوسط الأهدل), dari;
7.      Syeikh Abdurrahman bin Sulaiman al-Ahdal (الشيخعبد الرحمن بن سليمان الأهدل), dari;
8.      Syeikh Sulaiman bin Yahya al-Ahdal (الشيخسليمان بن يحيى الأهدل), dari;
9.      Syeikh Ahmad bin Muhammad Syarif Maqbulal-Ahdal (الشيخ أحمد بن محمد شريف مقبول الأهدل), dari;
10.  Syeikh Yahya bin Umar al-Ahdal (الشيخيحيى بن عمر الأهدل), dari;
11.  Syeikh Abu Bakar bin Ali al-Bitah al-Ahdal (الشيخأبي بكر بن على البطاح الأهدل), dari;
12.  Syeikh Yusuf bin Muhammad al-Bitah al-Ahdal (الشيخيوسف بن محمد البطاح الأهدل), dari;
13.  Syeikh at-Tahir bin Husain al-Ahdal (الشيخالطاهر بن حسين الأهدل), dari;
14.  Syeikh al-Hafidz Wajihuddin bin ad-Diba' (الشيخالحافظ وجيه الدين بن الديبع), dari;
15.  Syeikh Zainuddin Ahmad bin Ahmad as-Syarji (الشيخأحمد بن أحمد الشرجي), dari;
16.   SyeikhSyamsuddin Muhammad bin Muhammad al-Jazari (الشيخ شمسالدين محمد بن محمد الجزري), dari;
17.  Syeikh Burhanuddin bin Ahmad bin al-Faqih (الشيخ برهانالدين إبراهيم بن أحمد بن الفقيه), dari;
18.  Syeikh al-‘Allamah ‘Alauddin bin al-Attar (الشيخالعلامة علاء الدين بن العطار), dari:
19.  Imam Yahya bin Syaraf an-Nawawi (Imaman-Nawawi) (الشيخ الإمام يحيى بن شرف النووي). Berkata Imam an-Nawawi;

عن أمير المؤمِنين أبي حَفْصٍ عمرَ بنِ الخطابِ بنِ نُفَيْلِ بنِعبدِ العُزّى بن رياحِ بنِ عبدِ اللهِ بن قُرْطِ بن رَزاحِ بنِ عدِي بنِ كعب بنِلُؤَيِّ بنِ غالبٍ القُرشِيِّ العَدويِّ - رضي الله عنه - قالَ: سَمِعتُ رَسُولَاللهِ - صلى الله عليه وسلم - يقُولُ: «إنّمَا الأَعْمَالُ بالنِّيّاتِ،وَإِنَّمَا لِكُلِّ امرِىءٍ مَا نَوَى، فَمَنْ كَانَتْ هجرته إلى الله ورسوله،فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصيبُهَا، أَوْ امْرَأَةٍيَنْكَحُهَا، فَهِجْرَتُهُ إِلى مَا هَاجَرَ إِلَيْه». مُتَّفَقٌ عَلَى صِحَّتِهِ.رَوَاهُ إمَامَا الْمُحَدّثِينَ، أبُو عَبْدِ الله مُحَمَّدُ بْنُ إسْمَاعيلَ بْنإبراهِيمَ بْن المُغيرَةِ بنِ بَرْدِزْبهْ الجُعْفِيُّ البُخَارِيُّ، وَأَبُوالحُسَيْنِ مُسْلمُ بْنُ الحَجَّاجِ بْنِ مُسْلمٍ الْقُشَيريُّ النَّيْسَابُورِيُّرضي اللهُ عنهما فِي صحيحيهما اللَّذَيْنِ هما أَصَحُّ الكُتبِ المصنفةِ.

DariAmirul-Mukminin Abi Hafs Umar bin al-Khattab –radhiyallahu ‘anhu- menceritakan:Aku telah mendengar Rasulullah –shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda;“Sesungguhnya semua amalan dengan niat-niatnya yang tersendiri. Sesungguhnyabagi setiap orang (ganjaran atau pahala dari amalannya) bergantung kepada apayang telah ia niatkan (di dalam hatinya). Oleh yang demikian, sesiapa yangberhijrah (berpindah) kerana Allah dan RasulNya, hijrahnya akan menjadi hijrahuntuk Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berhijrah untuk suatu tujuan dunia yangingin dicapainya atau kerana seorang wanita yang ingin dikahwininya, hijrahnyakembali kepada apa yang menjadi tujuan hijrahnya itu”. (Diriwayatkan oleh duaimam para ahli hadis iaitu Abu ‘Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim binal-Mughirah bin Bardizbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim bin al-Hajjaj binMuslim al-Qusyairi an-Nisaburi. Mereka meriwayatnya dalam kitab Soheh merekaberdua di mana kitab Soheh mereka berdua merupakan kitab yang paling soheh darikitab-kitab hadis yang disusun oleh ulamak-ulamak hadis).

SANAD FIQH AS-SYAFIIE

1.      Saya mengambil sanad fiqh mazhab Syafiie dariguru saya Syeik Sayyid Muhammad ‘Abduh Sulaiman al-Ahdal rhm, dari;
2.      Ahmad bin Muhammad al-‘Amir, dari;
3.      Barakaat bin Mahdi, dari;
4.      Muhammad bin az-Zawwak al-Husaini, dari;
5.      Al-Qadhi ‘Abdurrahman bin ‘Abdullah al-Ahdal,dari;
6.      Ahmad bin Abdullah bin al-Ahdal, dari;
7.      Muhammad bin Abi al-Ghaits al-Ahdal, dari;
8.      Abul Qasim bin Abdullah bin Abil Ghaitsal-Ahdal, dari;
9.      Abdullah bin Abil Ghaits, al-Ahdal dari;
10.  Abil Ghaits bin Abul Qasim bin Muhammadal-Ahdal, dari;
11.  Abul Qasim bin Muhammad al-Ahdal, dari;
12.  Yahya bin Ahmad al-Husyaibari, dari;
13.  Muhammad bin Abu Bakr al-Ayskhar ad-Dhahwi[1],dari;
14.  Ahmad bin Muhammad bin ‘Ali bin Hajar al-Haitami[2],dari;
15.  Zakariya bin Muhammad al-Ansar[3],dari;
16.  Ahmad bin ‘Ali bin Hajar al-‘Asqalani[4],Muhammad bin Ahmad al-Mahalli (Jalaluddin al-Mahalli)[5],Soleh bin ‘Umar al-Bulqini[6]dan  Ahmad bin Abdurrahim bin al-Husain al-‘Iraqi(Abu Zur’ah)[7],(mereka semua mengambil) dari;
17.  Abdurrahim bin al-Husain al-‘Iraqi[8],dari;
18.  ‘Ali bin Ibrahim bin bin Daud bin al-‘Attarad-Dimasyqi[9],dari;
19.  Yahya bin Syaraf an-Nawawi[10],dari;
20.  Abdurrahman bin Nuh al-Maqdisi[11],dari;
21.  ‘Uthman bin ‘Abdurrahman as-Syahrazuri (Ibnuas-Solah)[12],dari;
22.  ‘Abdurrahman bin ‘Uthman as-Syahrazuri[13],dari;
23.  Abu Sa’id Abdullah bin Muhammad al-Mausili(Ibnu Abi ‘Ashrun)[14],dari;
24.  Abu ‘Ali Al-Hasan bin Ibrahim al-Fariqi[15],dari;
25.  Ibrahim bin ‘Ali as-Syairazi (Abu Ishaqas-Syairazi)[16],dari;
26.  Abu at-Tayyib Tohir bin Abdillah at-Tobari[17],dari;
27.  Abul Hasan Muhammad bin ‘Ali al-Maasarjisi[18],dari;
28.  Abu Ishaq Ibrahim bin Ahmad al-Maruzi[19],dari;
29.  Abul ‘Abbas Ahmad bin ‘Amir bin Suraij[20],dari;
30.  Ar-Rabi’ bin Sulaiman al-Muradi, dari;
31.  Muhammad bin Idris as-Syafiie (Imamas-Syafiie).



[1]Ulamak mazhab Syafiie di Yaman. Meningeal tahun 991 hijrah (Diwan al-Islam,1/64). Sebahagian ulamak berkata; dia meninggal tahun 989 hijrah, mengambililmu antaranya dari Ibnu Hajar al-Haitami (membaca di hadapannya di Mekah)(al-Badr at-Toli’, as-Syaukani, 2/146). Dikebumikan di perkampungannya BaituSyeikh hampir dengan kawasan ad-Dhuha di Yaman (al-A’lam, az-Zarkali, 6/59).
[2]Imam Ibnu Hajar al-Haitami; hidup dari tahun 909 hingga 974 hijrah, seorangfaqih di Mesir, lahir di Mahallah Abil Haitam di Mesir. Menuntut ilmu dial-Azhar. Meninggal dunia di Mekah. Menghasilkan tulisan yang cukuo banyaktermasuk dalam fiqh mazhab Syafiie (al-A’lam, az-Zarkali, 1/234).
[3]Imam Zakaria bin Muhammad al-Ansari; lahir tahun 823 hijrah, meninggal 926hijrah. Seorang faqih mazhab Syafiie di Mesir. Belajar di Kaherah. Tahun 906hijrah matanya menjadi buta.Menjawat jawatan ketua para qadhi (Qadhial-Qudhat(), namun dipecat kerana menegur pemerintah dari kezalimannya.Menghasilkan penulisan yang cukup banyak (al-A’lam az-Zarkali, 3/46).
[4]Ibnu Hajar al-‘Asqalani; seorang ulamak dan faqih yang cukup terkenal.Pengarang kitab Bulughul-Maram, Fathul Bari (syarah Soheh al-Bukihari) danbanyak lagi. Lahir di Mesir pada tahun 773 hijrah dan meninggal di Mesir jugapada tahun 852 hijrah. Mula menuntut ilmu di Mesir, kemudian mengembara keYaman, Hijaz dan Negara-negara lain untuk mendengar dari syeikh-syeikh. Beberpakali menjawat jawatan qadhi di Mesir, namun akhirnya meletak jawatan.Penulisannya cukup banyak dan terkenal (al-A’lam, 1/178).
[5]Jalaluddin al-Mahalli; seorang faqih di Mesir, lahir pada tahun 791 hijrah (diMesir) dan meninggal tahun 864 hijrah (juga di Mesir). Seorang yang cukup tegasterhadap penyelewengan pemerintah. Ditawarkan jawatan qadhi terbesar, namunmenolak. Kitabnya yang termasyhur ialah Tafsir al-Quran yang kemudiannyadisempurnakan oleh Jalaluddin as-Suyuti (kerana itu dinamakan Tafsiral-Jalalain). Dalam fiqh as-Syafiie kitabnya yang dihasilkanya; Syarahal-Minhaj (al-A’lam, 5/333).
[6]Soleh bin ‘Umar al-Bulqini; seorang ulamak fiqh dan hadis dari Mesir, menjawatjawatan qadhi di Mesir beberapa kali dan meninggal ketika menjadi qadhi.Menuntut ilmu dari saudaranya Abdurrahman di Kaherah Antara penulisanbeliau ialah; Tatimmah at-Tadrib (menyempurnakan penulisan bapa beliau ImamUmar bin Ruslan al-Bulqini), al-Ghaits al-Jari (syarah Soheh al-Bukhari) danbanyak lagi  (al-A’lam, 3/194).
[7]Ahmad bin Abdurrahim al-‘Iraqi; dikenali dengan Waliyuddin Abu Zur’ah, lahirpada tahun 762 di Mesir dan meninggal tahun 826 juga di Mesir. Mula menuntutilmu di Mesir, kemudian dibawa oleh baoanya ke Dimasyq dan menuntut pula dariulamak-ulamak di sana. Pada tahun 824 hijrah beliau menjawat jawatan Qadhi diMesi (al-A’lam, 1/148).
[8]‘Abdurrahim bin al-Husain al-‘Iraqi; dikenali dengan al-Hafidz al-‘Iraqi, salahseorang ulamak besar dalam hadis (kibar huffaz al-hadith), berbangsa Kurdi,lahir di Irbil pada tahun 725 hijrah, namun ketika masih kecil dibawa bapanya berpindahke Mesir. Dia menuntut ilmu dari ulamak-ulamak di Mesir di samping turutmengembara mencari ilmu ke Hijaz, Syam dan Palestin. Beliau meninggal diKaherah, Mesir pada tahun 806 hijrah. Kitabnya yang amat masyhur ialahal-Mughni Fi Takhrij Ahadith al-Ihya’ dan banyak kita lagi (al-A’lam, 3/344).
[9]‘Alauddin ibn al-‘Attar; seorang ulamak dari Dimasyq. Faqih, mufti danmuhaddith. Lahir pada tahun 654 hijrah dan meninggal tahun 724 hijrah.merupakan salah seorang murid Imam an-Nawawi. Aktivitinya ialah mengajar,memberi fatwa dan menulis. Pada tahun 701 beliau mengalami lumpuh hinggaterpaksa menulis dengan tangan kiri. Di antara penulisannya yang masyhur;al-Ihkam Syarh ‘Umdah al-Ahkam, Himpunan Fatwa Imam an-Nawawi (Siyar A’laman-Nubalak, 2/7. Diwan al-Islam, 2/340. Al-A’lam, 4/251).
[10]Yahya bin Syaraf an-Nawawi; seorang tokoh fiqh dan hadith yang tidak asinglagi. Lebih dikenali dengan Imam an-Nawawi. Lahir pada tahun 631 hijrah diperkampungan an-Nawa (sebuah kampung di Syria) dan meninggal pada tahun 676hijrah. Walaupun hidup tidak lama (sekitar 45 tahun sahaja), namun menghasilkanpenulisan yang amat banyak dan kebanyakan penulisannya cukup terkenal,antaranya; Riyadhus Solihin, al-Azkar, Matan al-MInhaj, Syarah Soheh Muslim,Himpunan 40 Hadis dan banyak lagi (al-A’lam, 8/149).
[11]Abdurrahman bin Nuh al-Maqdisi; menurut muridnya Imam an-Nawawi; seorang yangberperwatakan warak, ahli ibadat, zuhud dan bersungguh-sungguh. Beliau adalahmufti Dimasyq pada zamannya. Murid Imam Ibnu Solah dan sentiasa melaziminya.Meninggal pada tahun 654 hijrah.  (Tahzibal-Asma’ wa al-Lughat, 1/18. Tarikh al-Islam, az-Zahabi, 14/758).
[12]Uthman bin Abdurrahman as-Syahrazuri; lebih dikenali dengan Ibnu as-Solah. Lahirpada tahun 577 hijrah. Alim dan faqih dalam pelbagai cabanng ilmu; hadith,fiqh, tafsir, rijal hadith dan sebagainya. Mula menuntut ilmu fiqh dari bapanya‘Abdurrahman. Kemudian mengembara untuk menuntut ilmu ke Mausil dan Khurasan.(Wafayat al-A’yan, 3/243. Siyar A’lam an-Nubalak, 16/360).
[13]‘Abdurrahman bin Uthman al-Syahrazuri; bapa kepada Ibnu as-Solah (Uthman binAbdurrahman). Lahir sebelum tahun 540 hijrah. Tinggal di Halab dan meninggal disitu pada tahun 618 hijrah. Belajar ilmu fiqh dari Ibnu Abi ‘Asrun (Qadhi AbiSa’ad bin ‘Asrun) dan ulamak-ulamak lain (Tarikh al-Islam, 13/544. Tobaqaatas-Syafi’iyyah, Ibnu Qadhi Syuhbah, 2/53).
[14]Ibnu ‘Asrun al-Mausili; lahir di Mausil pada tahun 493 hijrah, berpindah keBaghdad dan menetap di Dimasyq. Tokoh fiqh pada zamannya dan menjawat jawatanqadhi qudhat di Dimasyq pada tahun 573 hijrah. Tinggal di Syria, mengajar dikota-kota ilmu di Syria (Halab, Dimasyq dan sebagainya) dan meninggal diDimasyq 585 hijrah (Tobaqaat al-Fuqahak as-Syafiiyyah, 1/512. Wafayat al-A’yan,3/55. Al-A’lam, 4/124).
[15]Abu ‘Ali al-Fariqi; lahir di Mayafariqin pada tahun 433 hijrah. Menuntut ilmu dariulamak-ulamak di tempat kelahirannya, kemudian berhijrah ke Baghdad danmengambil ilmu antaranya dari Syeikh Abu Ishaq as-Syirazi dan melaziminya.Seorang ulamak yang zuhud, warak dan menegakkan hak takut. Menjawat jawatanqadhi di Wasit dan wafat di situ pada tahun 528 hijrah di usia 95 tahun(Tobaqaat as-Syafiien, 1/567).
[16]Abu Ishaq as-Syirazi; lahir pada tahun 393 hijrah di Fairuzabad (dalam NegeriParsi), berhijrah di Syiraz dan menimba ilmu dari ulamak-ulamak di sana,kemudian ke Basrah dan seterusnya Baghdad. Menjadi tempat rujuk para penuntutilmu dan menjadi mufti di zamannya. Menghasilkan banyak penulisan, antaranyayang masyhur; al-Muhazzab, at-Tabsirah, al-Luma’ dan banyak lagi. Meninggal diBaghdad pada tahun 476 hijrah (al-A’lam, 1/51).
[17]Abu at-Toyyib at-Tabari; lahir pada tahun 348 hijrah di Amil Tabristan,kemudian menetap di Baghdad. Imam dalam mazhab Suafiie. Menjawat jawatan Qadidi Rubu’ al-Karkh. Meninggal di Baghdad pada tahun 450 hijrah. Antara penulisanbeliau ialah; Syarah Mukhtasar al-Muzani (al-A’lam, 3/222).
[18]Abul Hasan al-Maarsarjisi; guru kepada ulamak-ulamak mazhab Syafiie padazamannya. Mengikut Imam Abu Ishaq al-Muruzi ke Mesir, belajar darinya danmelaziminya, kemudian pulang ke Baghdad. Meninggal dunia 384 hijrah di usia 76tahun (Tabaqaat as-Syafi’iyyah, 1/166).
[19]Abu Ishaq al-Maruzi; murid utama Abul Abbas ibnu Suraij. Imam bagi mazhabSyafiie pada zamannya. Menetap di Baghdad dan mengajar ilmu di situ. Kemudiandi hujung umur berhijrah ke Mesir dan meninggal di situ tahun 340 hijrahdi usia hampir 70 tahun dan dikebumikan berhampiran kubur Imam Syafiie(Tabaqaat as-Syafi’iyyah, 1/105. Siyar A’lam an-Nubalak, 15/429)
[20]Abul ‘Abbas Ibnu Suraij; lahir pada tahun 249 hijrah di Baghdad dan meninggaldunia juga di Baghdad pada tahun 306 hijrah. Faqih mazhab Syafiie padazamannya. Menjawat jawatan Qadhi di Syiraz dan menghasilkan kira-kira 400penulisan (al-A’lam, 1/185).