Blog AQIS

Koleksi Penulisan Blog Ustaz Ahmad Adnan

Jangan lupa untuk kongsikan email anda disini supaya kami boleh memberitahu tentang penulisan terkini
Kandungan blog ini sesuai untuk paparan komputer desktop dan notebook sahaja untuk masa ini

Dari Blog mutiara-sunnahnabi.blogspot.com

(1) Abu Hurairah r.a. yang menceritakan; Seorang lelakidatang kepada Rasulullah –shallallahu ‘alaihi wasallam-, lalu bertanya; ‘YaRasulullah, siapakah orang yang paling berhak aku layani dengan baik?’. Jawabbaginda; “Ibumu”. Ia bertanya lagi; ‘Kemudian siapa?’. Jawab baginda; “Ibumu’.Ia bertanya lagi; ‘Setelah itu siapa?’. Jawab baginda; “Ibumu”. Ia bertanyalagi; ‘Setelah itu siapa lagi?’. Baginda menjawab; “Bapamu” (Hadis riwayat Imamal-Bukhari dan Muslim).

(2) Abdullahbin Mas’ud r.a. menceritakan; Aku telah bertanya Rasulullah; ‘Apakah amalanyang paling disukai Allah?’. Baginda menjawab;

الصَّلَاةُ عَلَى وَقْتِهَا
“Solatpada waktunya”.
Akubertanya lagi; ‘Setelah itu apa?’. Baginda menjawab;

بِرُّ الْوَالِدَيْنِ
“Berbuatbaik kepada dua ibu-bapa”.
Akubertanya lagi; ‘Setelah itu apa?’. Baginda menjawab;

الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
“Berjihaddi jalan Allah”
(Hadisriwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).


(3) Sabda Nabi SAW; “Seoranganak tidak akan berupaya membalas jasa-jasa ibu-bapanya melainkan apabila iamenemui ibu-bapanya seorang hamba yang dimiliki, lalu ia membelinya danmembebaskannya” (Hadis riwayat Imam Muslim, at-Tirmizi dan an-Nasai dari AbuHurairah r.a.).

(4) Sabda Nabi SAW; “Keredhaan Tuhan berada pada keredhaan Ibu-bapa dankemurkaan Tuhan berada pada kemurkaan ibu-bapa” (Hadis riwayat Imam at-Tirmizidan al-Hakim dari ‘Abdullah bin ‘Amru r.a.. Menurut as-Suyuti; hadis ini adalahsoheh. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 4456). 

(5) AbiSa’id al-Khudri r.a. menceritakan; Seorang lelaki dari penduduk Yaman telahberhijrah kepada Rasulullah. Lalu baginda bertanya beliau; “Adakah kamu adameninggalkan seseorang di Yaman?”. Ia menjawab; “Ya, dua ibu-bapaku”. Nabibertanya beliau; “Adakah kedua mereka memberi izin kepadamu”. Ia menjawab;‘Tidak’. Lantas Nabi berkata kepadanya;


“Pulanglahkepada mereka berdua dan mintalah keizinan mereka. Jika mereka mengizinkanmu,maka berjihadlah (bersamaku). Jika tidak, berbaktilah kepada mereka” (Hadisriwayat Imam Abu Daud).

(6) Mu’awiyahbin Jahimah menceritakan dari bapanya yang menceritakan; Aku telah berjumpadengan Nabi untuk meminta pandangannya tentang hasratku untuk keluar berjihad.Lalu baginda bertanyaku; “Apakah kamu masih memiliki dua ibu-bapa?”. Jawabku;‘Ya’. Baginda lalu berkata;

الْزَمْهُمَا فَإِنَّ الْجَنَّةَ تَحْتَأَرْجُلِهِمَا
“Jagalahmereka berdua kerana Syurga di bawah kaki kedua mereka” (Hadis riwayat Imamat-Thabrani dengan sanad yang baik. Lihat; al-Muntaqa, Dr. Yusuf al-Qaradhawi,hadis no. 1475).

(7) Sabda Nabi SAW; “Sesiapayang ingin dipanjangkan umurnya dan ditambah rezkinya, maka berbaktilah kepadadua ibu-bapanya dan hubungkanlah ikatan persaudaraannya” (Hadis riwayat ImamAhmad dari Anas bin Malik r.a.). 

(8) Sabda Nabi SAW; “Berbaktilahkepada ibu-bapa kamu, nescaya anak-anak kamu akan berbakti kepada kamu.Peliharalah kehormatan dirimu, nercaya isteri-isteri kamu akan memeliharakehormatan mereka” (Hadis riwayat Imam at-Thabrani dengan sanad yang baik dariIbnu ‘Umar r.a.. Lihat; al-Muntaqa, hadis no. 1480). 


1. Hadis Ibnu 'Abbas RA yangmenceritakan; Dia pernah mengikut Nabi SAW mengerjakan solat malam(qiyamullail) di rumah baginda, iaitu berjamaah dengannya (Lihat; Sohehal-Bukhari; 183. Muslim; 763/181).

2. Hadis Anas bin Malik RA yangmenceritakan; Aku, seorang budak yatim dan ibuku (Ummu Sulaim) telahmengerjakan solat berjamaah di belakang Nabi SAW di rumah kami. Aku  danbudak yatim berdiri di belakang Nabi SAW dan ibuku berdiri di belakang kami)(Soheh al-Bukhari; 727, 871. Muslim; 658/266).

3. Hadis 'Itban bin Malik RA yangmenceritakan; Nabi SAW datang kerumahnya dan berkata; 'Di mana tempat di rumahmuyang kamu suka aku solat di situ?". Aku menunjukkan satu tempat. Lalubaginda bertakbir (melakukan solat) dan kami membuat saf di belakangnya (yakniturut berjamaah dengannya). Baginda solat sebanyak dua rakaat. (Sohehal-Bukhari; 424. Muslim; 263/33).

Imam an-Nawawi menjelaskan (dengan berdalilkan hadis-hadis di atas); “Solat-solatselain solat hari raya, solat gerhana, solat istisqa’, solat terawih dan witirselepasnya –seperti solat-solat sunat rawatib, dhuha dan sunat-sunat mutlak- tidakdisyariatkan berjamaah, yakni tidak disunatkan berjamaah, namun jika dilakukansecara berjamaah dibolehkan dan tidak dianggap makruh” (al-Majmu’, 4/55).

ANJING; AYAT-AYAT AL-QURAN DAN BEBERAPA HADIS SOHEH TENTANGNYA

Di dalam al-Quran, anjing disebut pada 2 tempat;

1. Surah al-A’raf (ayat 176). Maksud ayat; “Kalau Kami kehendaki, nescaya Kami angkat darjatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan mengikuti hawa nafsunya. Maka perumpamaannya seperti anjing; jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan juga lidahnya. Begitulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka Ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir”.

2. Surah al-Kahfi (ayat 22). Maksud ayat; “(Sebahagian dari) mereka akan berkata; ‘(Bilangan Ashabul Kahfi itu) ialah tiga orang, yang keempat adalah anjing mereka’, dan (setengahnya) pula berkata: ‘(Bilangan mereka) adalah lima orang, yang keenam adalah anjing mereka’, sebagai tekaan terhadap perkara yang gaib. Dan (setengah lain lagi) berkata: ‘(Bilangan mereka) ialah tujuh orang, yang kelapan adalah anjing mereka’…”.

Hadis-hadis pula;


1. Menghidupkan malam hari raya dengan ibadah. Sabda Nabi SAW; “Sesiapa bangun beribadah pada malam dua hari raya kerana mengharapkan pahala dari Allah, tidak akan mati hatinya pada hari matinya hati-hati yang lain” (Sunan Ibnu Majah; 1782, dari Abu Umamah RA. Menurut an-Nawawi; hadis ini dhaif. Namun kata beliau; hadis dhaif diberi kelonggaran untuk dipakai dalam fadhilat amalan. Lihat; al-Azkar, hlm. 260).

2. Menyelesaikan zakat fitrah sebelum solat hari raya. Ibnu ‘Umar RA menceritakan; “Nabi SAW menyuruh dikeluarkan zakat fitrah sebelum orang ramai keluar menunaikan solat hari raya” (Musnad Ahmad; 6467, isnadnya soheh. Jami’ at-Tirmizi; 677, hasan soheh).

1. Pada malamnya bulan kelihatan seperti separuh jafnah (jafnah; bekas makanan berbentuk bulat seperti pinggan besar atau talam)” (Soheh Muslim, 1170/222).

2. Malamnya tenang, tenteram dan sentosa (Al-Jami’ as-Saghier; 7728, menurut as-Suyuti; hasan. Musnad Ahmad; 22765, hasan).

3. Malamnya bersih dan terang di mana seolah-olah pada malam itu terdapat cahaya bulan yang menerangi, menenggelamkan cahaya-cahaya bintang (Soheh Ibnu Hibban, 3688, menurut Syeikh Syu’aib al-Arnaut; hadis soheh bisyawahidihi. Musnad Imam Ahmad; 22765, hasan).


4. Udaranya tidak terlalu panas, tidak terlalu sejuk (Soheh Ibnu Hibban, 3688, hadis soheh bisyawahidihi. Al-Jami’ as-Saghier; 7727, 7728, menurut as-Suyuti; hasan).

5. Tidak ada lontaran dari bintang pada malam itu hinggalah pagi (Al-Jami’ as-Saghier; 7727, hasan. Musnad Imam Ahmad; 22765, hasan).

6. Malamnya tidak berawan, tiada hujan dan tiada angin (Al-Jami’ as-Saghier; 7727). Menurut penjelasan al-Munawi; maksudnya ialah tidak bersangatan awan, hujan dan anginnya (tiada ribut) (Faidhul Qadier).

7. Pada paginya matahari muncul dengan cahaya yang lemah, sekata, berwarna kemerahan dan tanpa sinaran/pancaran yang menyucuk mata (Al-Jami’ as-Saghier; 7727, 7728, hasan. Musnad Imam Ahmad; 22765, hasan. Soheh Muslim; 762/220).

**yang penting beramal**

Namun yang penting pada malam al-qadar (lailatul qadar) ialah beramal di malam tersebut. Berkata Imam al-Munawi; “Orang yang tidak dapat melihat tanda, tidak mesti dia tidak mendapat malam tersebut. Boleh jadi seorang yang bangun beribadah di malam itu, ia hanya dikurniakan Allah kesempatan beribadah, tanpa dapat melihat sebarang tandanya. Orang itu di sisi Allah lebih baik dan lebih mulia dari orang yang hanya melihat tanda sahaja (tetapi tidak beribadah di malam tersebut)” (Faidhul Qadier; 7728).

Di dalam al-Quran disebut susu ternakan secara umum (lihat; an-Nahl, ayat 66). Ia merangkumi susu lembu, unta, kambing dan biri-biri. Hadis ada menyebutkan kelebihan susu tertentu secara khusus.

1) SUSU LEMBU; Sabda Nabi SAW; “Allah tidak menurunkan penyakit melainkan dia menurunkan bersamanya ubat. Hendaklah kamu mengamalkan susu lembu, kerana ia makan dari pokok-pokok” (Soheh Ibnu Hibban; 6075, dari Ibnu Mas’ud RA. Status hadis; isnadnya soheh. Lihat; Tahqiq Soheh Ibnu Hibban, Syeikh Syu’aib al-Arnaut).

Dari hadis ini, para ulamak thib nabawi menyimpulkan; susu-susu yang datang dari lembu berbeza antara satu sama lain bergantung kepada padang rumputnya. Padang rumput di kawasan panas menjadikan susu bersifat panas dan padang rumput di kawasan sejuk menjadikan susu bersifat sejuk. Jenis-jenis rumput yang dimakan juga akan memberi kesan kepada susu yang terhasil. Kerana itu susu dapat memberikan manfaat ubatan bagi penyakit yang pelbagai mengikut manfaat daun yang dimakannya. (Soheh at-Thib an-Nabawi, Imam Syamsyuddin Abi ‘Abdillah al-Ba’li al-Hanbali ad-Dimasyqi, halaman 98).

Menurut kitab Thib Nabawi (Ibnul Qayyim); susu lembu adalah susu paling seimbang dan paling baik, berada di tengah2 antara susu biri2 dan susu kambing biasa dalam segala segi (hlm. 325).


2) SUSU UNTA; dalam Soheh al-Bukhari ada diceritakan; Nabi SAW menyuruh beberapa yang sakit di Madinah supaya berubat dengan susu unta (Soheh al-Bukhari; 5686). Ada diriwayatkan juga dari Nabi SAW; "Pada susu unta terdapat penawar bagi zaribah" (Syarah Musykil al-Atsar (Ibnu al-Munzir); 654, dari Ibnu 'Abbas RA). Zaribah ialah perut yanng menghadapi masalah penghadaman (Fathul-Bari, 13/70. an-Nihayah).

Kandungan susu unta mendedahkan mukjizat kenabian sama seperti unta juga yang disuruh Allah supaya manusia melihat kebesaran Allah darinya; "Apakah mereka tidak melihat kepada unta; bagaimana ia diciptakan?" (al-Ghasyiyah, ayat 17);
a) Nisbah lactose (gula susu) dalam susu unta merupakan yang paling tinggi berbanding susu-susu yang lain, iaitu 5.78%. Kerana itu susu unta lebih manis. Laktose ini dicerna oleh enzyme lactase di dalam badan untuk menjadi glukosa dan galaktosa (gula yang lebih sederhana) untuk menghasilkan tenaga kepada tubuh.
b) Susu unta mempunyai kandungan lemak yang paling rendah iaitu 2.9%, berbanding 7.6% dalam susu kerbau, 5.5% dalam susu biri-biri, 4.5% dalam susu lembu dan 3.8% dalam susu kambing biasa. Oleh itu, risiko peningkatan kolestral dengan meminum susu unta lebih rendah dari susu-susu yang lain.
c) Air; nisbah air dalam susu unta ialah 89.6%. Nisbah ini adalah yang paling tinggi jika dibandingkan dengan susu-susu yang lain. Ia sesuai dengan keperluan penduduk di padang pasir yang panas yang menjadi pengguna terbanyak bagi susa unta. Dengan meminum susa unta akan menghilangkan dahaga mereka hampir seperti meminum air.
d) Susu unta kaya dengan vitamin H iaitu tiga kali ganda dari susu-susu lain.
e) Kandungan protein dalam susu unta sekitar 2.5 hingga 4.5%, iaitu lebih rendah dari nisbah protein yang ada dalam susu lembu dan kambing. Nisbah casein dalam protein susu unta iaitu 70% -berbanding 80% dalam susu lembu-, menjadikan susu unta lebih mudah dihadamkan oleh perut. Oleh itu, susu unta paling sesuai diberikan kepada pesakit dalam tempoh pemulihan/rawatan.
f) Susu unta mengandungi bahan-bahan yang dapat mengatasi racun/toksik dan bacteria serta bahan-bahan yang dapat meningkatkan imuniti tubuh bagi melawan penyakit. Kerana itu susu unta amat sesuai diberikan kepada pengidap asma, diabetis, tuberculosis (batuk kering), radang hati (hepatitis), sirosis (penyakit hati; sel-sel hati mati), luka/ulser sistem penghadaman (digestive) dan kanser.
g) Susu unta mempunyai garam-garam mineral seperti kalsium, magnesium, potassium dan sodium yang lebih tinggi berbanding susu lembu dan kambing. Begitu juga ia kaya dengan zat besi, tembaga, manjiniz dan zink. Kelebihan ini menambah khasiat pengubatan yang ada pada susu unta khususnya bagi orang-orang yang menghadapi masalah tekanan darah rendah dan lemah sistem badan, begitu juga untuk kanak-kanak dan orang yang telah lanjut usia.
h) Susu unta kaya dengan vitamin C iaitu tiga kali ganda dari susu lembu dan 1.5 kali ganda dari susu ibu. Ini menambahkan lagi manfaat susu unta kepada penduduk yang tinggal di kawasan kering dan kemarau seperti padang pasir di mana mereka tidak berpeluang menikmati buah-buah dan sayur-sayuran kecuali jarang-jarang. Maka keperluan vitamin C oleh tubuh mereka ditampung oleh susu unta. Itulah kebesaran Allah yang sentiasa mencukupi keperluan hamba-hambaNya mengikut cara yang ditetapkannya.
i) Susu unta bersifat alkali, namun ia cepat berubah menjadi bersifat asid apabila dibiarkan beberapa lama.
(at-Tadawa Bi Alban al-Ibil wa Abwaliha, Syihab al-Badari Yasin, halaman 25-31, 110-115). Dipetik dari buku; 101 Hadis Pengubatan Nabi, ustaz Ahmad Adnan.


3) SUSU KAMBING; Pemerhatian saya hingga setakat ini belum lagi bertemu hadis Nabi SAW tentang khasiat/kelebihan susu kambing secara khusus, berbanding susu lembu dan susu unta (yang disebut oleh hadis-hadis sebelum ini). Kesimpulan saya setakat ini; dalam thib nabawi, susu unta dan susu lembu lebih baik. Dalam kitab Mustadrak al-Hakim terdapat hadis; "Pada susu lembu terdapat penawar bagi semua penyakit" (hadis no. 7423, menurut al-Hakim; hadis soheh). Namun difahami dari hadis sebelum ini bahawa manfaat susu lembu bergantung kepada daun/rumput yang dimakannya, kerana itu pemakanannya perlu diperhatikan. Malah terdapat hadis menyebutkan; "Nabi SAW melarang dari minum susu dari binatang ternak yang diberi makan najis" (Jami' at-Tirmizi; 1824, hadis hasan gharib).

(1) Sabda Nabi SAW; "Apabila berbaki separuh daripada bulan sya'ban janganlah kamu berpuasa (hinggalah tiba ramadhan)" (Jami' at-Tirmizi; 738, hasan soheh).
(2) Sabda Nabi SAW; "Janganlah sesiapa mendahului Ramadhan dengan puasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seorang yang sudah biasa berpuasa, maka bolehlah ia berpuasa" (Soheh al-Bukhari; 1914).
(3) 'Ammar bin Yasir RA berkata; "Sesiapa berpuasa pada hari syak (30 sya'ban) dia mengingkari Abal Qasim (Nabi Muhammad SAW)" (HR al-Bukhari secara mu'allaq dan at-Tirmizi. Jami' at-Tirmizi; 686, hasan soheh).
 

Menurut Imam ar-Ruyani; hukum puasa selepas nisfu sya'ban adalah makruh. Adapun puasa sehari atau dua hari sebelum ramadhan hukumnya haram (Tuhfah al-Ahwazi; 2/275). Namun menurut ulamak dikecuali dari larangan tersebut tiga orang;
1. Orang yang meneruskan puasa yang dimulainya sebelum bulan
sya'ban masuk separuh kedua (yakni sebelum 16 sya'ban), sekurang-kurangnya ia berpuasa dari 15 sya'ban.
2. Orang yang meneruskan kebiasaan puasanya; seperti ia biasa berpuasa isnin dan khamis atau puasa nabi daud AS.
3. Puasa qadha, nazar dan kaffarah.

1. Hadis dari Mu’az bin Jabal RA yang menceritakan; Nabi SAW bersabda; “Pada malam nisfu Sya’ban, Allah melihat kepada sekelian makhlukNya, lalu Dia mengampunkan ke semua mereka kecuali orang musyrik dan orang yang bermusuh dengan saudara seagama” (HR Imam Hibban dan at-Thabrani (Soheh Ibnu Hibban; 5665. Al-Mu’jam al-Kabir, at-Thabrabi; 215). Menurut Imam al-Haithami; para perawi hadis ini adalah tsiqah (lihat; Majma’ az-Zawaid; 12960). Menurut Syeikh Syu’aib al-Arnaut; hadis ini soheh bisyawahidihi (Lihat; tahqiq Soheh Ibnu Hibban, Muassasah ar-Risalah; 12/481).

2. Hadis dari Ummul Mukminin Aisyah RA yang menceritakan; Suatu malam aku mendapati Rasulullah tiada bersamaku, lalu aku keluar mencari beliau. Aku menemuinya di perkuburan al-Baqi’ sedang mendongak kepalanya ke langit, lalu baginda berkata kepadaku; “Wahai Aisyah, apakah kamu khuatir Allah dan RasulNya akan menganiayai kamu”. Aku menjawab; “Aku tidak rasa begitu, akan tetapi aku mengangka kamu keluar ke rumah isteri kamu yang lain”. Lalu Nabi bersabda; “Sesungguhnya pada malam Nisfu Sya’ban Allah Taala turun ke langit dunia, lalu Dia mengampunkan hambanya lebih ramai dari bilangan bulu kambing milik kabilah Kalb (*Kabilah al-Kalbi; satu kabilah di kalangan orang Arab yang paling banyak membela kambing) (HR Imam at-Tirmizi. Menurut Imam at-Tirmizi; Imam al-Bukhari telah mendhaifkan hadis ini. Lihat; Jami’ at-Tirmizi; 739).

3. Hadis dari Ali bin Thalib RA yang menceritakan; Nabi SAW bersabda; “Bila tiba malam Nisfu Sya’ban, bangunlah menghidupkan malamnya dan berpuasalah pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun pada malam itu ke langit dunia bermula dari saat terbenam matahari dan Allah berkata; Tiadakah orang yang memohon ampun untuk Aku ampuninya. Tiadakah orang yang memohon rezki untuk aku beri rezki kepadanya. Tiadakah yang ditimpa bala, untuk aku beri keselamatan untuknya. Tiadakah orang yang melakukan demikian dan demikian…hinggalah terbit fajar”. (Sunan Ibnu Majah; 1388. Menurut Imam al-‘Iraqi; isnad hadis ini dhaif. Lihat; Takhrij Ahadith Ihya’ ‘Ulumiddin; 1/203).


Kita tidak boleh mendabik dada bahawa kita akan menjadi ahli syurga di akhirat nanti kerana Allah boleh mengubah segalanya termasuk hati. Sabda Nabi SAW; "Hati semua manusia berada di antara dua jari Yang Maha Rahman, Dia boleh mengubahnya mengikut kehendakNya" (al-Hadith. Soheh Muslim; 2654/17). Namun perjalanan kita hari ini boleh memberi petunjuk masa depan kita;
1. Jika kita suka menuntut ilmu agama, itu tanda kita sedang menuju ke syurga. Sabda Nabi SAW; "Sesiapa melalui satu jalan untuk mencari suatu ilmu (Allah), Allah akan mudahkan jalannya ke Syurga" (Soheh Muslim; 2699/38).
2. Jika kita bersih hati, itu tanda kita akan diterima Allah di akhirat. "Hari (kebangkitan) ialah hari yang tidak memberi manfaat harta dan anak-pinak, kecuali orang yang datang kepada Allah dengan hati bersih" (Maksud al-Quran; as-Syu'ara', ayat 88-89).


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ، عَنِ النَّبِيِّ- صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - قَالَ: {يَكُونُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ قَوْمٌ يُسَمَّوْنَ: الرَّافِضَةَ، يَرْفُضُونَ الْإِسْلَامَ وَيَلْفُظُونَهُ، قَاتِلُوهُمْ فَإِنَّهُمْ مُشْرِكُونَ} 

Diriwayatkan dari Ibn Abbas katanya: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Akan muncul satu golongan di akhir zaman yang dinamakan Rafidhah. Mereka menolak Islam tetapi mendakwa Islam. Bunuhlah mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun.”.

(Hadis ini terdapat dalam Fadhail as-Sohabah, Imam Ahmad; 65100. Musnad Abi Ya'la; 2586. Al-Mu'jam al-Kabir (at-Tabrani); 12997. Status hadis; menurut Imam al-Busiri (wafat 840H); isnadnya dhaif. lihat; Ittihaf al-Khiyarah al-Maharah, 4/226, hadis no. 3461).


Saudara2 yang dalam kesusahan ketika ini, jika anda banyak berbuat kebajikan ketika senang dulu, jangan khuatir kerana Allah pasti akan membantu saudara. Saidatina Khadijah pernah memberi semangat kepada Nabi SAW (ketika ketakutan baginda semasa wahyu pertama); 'Demi Allah, Allah sekali-kali tidak akan mengecewakan kamu, kerana kamu sentiasa bersilaturrahim, membantu orang yang susah, memuliakan tetamu, menolong dalam menuntut hak...' (al-Bukhari; 4953). 

Malah saudara boleh bertawassul dengan amalan-amalan kebaikan/kebajikan yang lalu umpama kisah tawassul 3 orang yang terkandas dalam gua (Soheh al-Bukhari; 2272). 

Jika saudara dahulu sentiasa leka, kesusahan saudara adalah ingatan Allah untk saudara supaya kembali kepadaNya. Tiada jalan lain bagi saudara melainkan taubat dan banyak istighfar. Sabda Nabi SAW (bermaksud); '“Sesiapa yang sentiasa beristighfar, Allah akan menjadikan untuknya jalan penyelesaian bagi segala kedukaannya, jalan keluar bagi segala kesempitannya serta Allah akan mengurniakan rezki kepadanya dari arah yang tidak disangkanya” (Sunan Abu Daud; 1518). 

Kata ulamak; beristighfarlah beribu ribu ribu kali, insya Allah bantuan Allah segera datang.

Jumlah huruf dalam al-Quran ada 300 000 lebih (Menurut Imam Mujahid; 323015 huruf sebagaimana dinaqal oleh Imam Ibnu Kathir dalam tafsirnya). Menurut hadis; "Setiap huruf diberi gandaan 10 kebajikan" (Jami' at-Tirmizi; 2910, hasan soheh). Bayangkan berapa juta kebajikan kita dapat dalam sebulan jika kita berjaya khatam al-Quran sebulan sekali; 3 juta/bulan, 100 000/hari. Menurut pengalaman rakan2; jika dapat luangkan masa 1 jam sehari baca al-Quran, insya Allah akan dapat 1 juzuk. 30 hari; 30 juzuk. Contoh; selepas subuh; 30 minit, selepas asar; 30 minit. Atau setiap selepas solat; 15 minit. Terdapat saranan Nabi SAW; "Bacalah al-Quran (dengan mengkhatamnya) pada setiap bulan" (Soheh Muslim; 115/184). Pesanan Syeikh Hasan al-Banna; "Jangan berlalu hari kamu tanpa membaca al-Quran".

(1) Sabda Nabi SAW; "Setiap huruf diberi gandaan 10 kebajikan" (Jami' at-Tirmizi; 2910, hasan soheh).

(2) Sabda Nabi SAW; "Bacalah al-Quran (dengan mengkhatamnya) pada setiap bulan" (Soheh Muslim; 115/184).