Blog AQIS

Koleksi Penulisan Blog Ustaz Ahmad Adnan

Jangan lupa untuk kongsikan email anda disini supaya kami boleh memberitahu tentang penulisan terkini
Kandungan blog ini sesuai untuk paparan komputer desktop dan notebook sahaja untuk masa ini

Dari Blog mutiara-sunnahnabi.blogspot.com

Nabi SAW bersabda;

فَمَنِ ‌اتَّقَى ‌الشُّبُهَاتِ اسْتَبْرَأَلِدِينِهِ، وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الْحَرَامِ

“Sesiapa memelihara dirinya dari perkara syubhah, makasesungguhnya dia mengambil sikap menjaga agama dan kehormatan diri. Sesiapa yangterjatuh dalam yang syubhah, maka dia mungkin akan terjatuh ke dalam yangharam” (HR Muslim).

Sabda Nabi SAW;

دَعْ مَاْ يَرِيبُكَ إِلَى مَا لاَ يَرِيبُكَ

‘Tinggalkanlah perkara yangmeragukan kamu (dengan beralih) kepada perkara yang tidak meragukan kamu (yakniyang tidak menimbulkan syubhat bagimu)” (HR al-Tirmizi dan al-Nasai. Hadishasan soheh).


Di dalam al-Quran disebut susu ternakan secara umum (lihat; an-Nahl, ayat 66). Ia merangkumi susu lembu, unta, kambing dan biri-biri. Hadis ada menyebutkan kelebihan susu tertentu secara khusus.

1) SUSU LEMBU; Sabda Nabi SAW; “Allah tidak menurunkan penyakit melainkan dia menurunkan bersamanya ubat. Hendaklah kamu mengamalkan susu lembu, kerana ia makan dari pokok-pokok” (Soheh Ibnu Hibban; 6075, dari Ibnu Mas’ud RA. Status hadis; isnadnya soheh. Lihat; Tahqiq Soheh Ibnu Hibban, Syeikh Syu’aib al-Arnaut).

Dari hadis ini, para ulamak thib nabawi menyimpulkan; susu-susu yang datang dari lembu berbeza antara satu sama lain bergantung kepada padang rumputnya. Padang rumput di kawasan panas menjadikan susu bersifat panas dan padang rumput di kawasan sejuk menjadikan susu bersifat sejuk. Jenis-jenis rumput yang dimakan juga akan memberi kesan kepada susu yang terhasil. Kerana itu susu dapat memberikan manfaat ubatan bagi penyakit yang pelbagai mengikut manfaat daun yang dimakannya. (Soheh at-Thib an-Nabawi, Imam Syamsyuddin Abi ‘Abdillah al-Ba’li al-Hanbali ad-Dimasyqi, halaman 98).

Menurut kitab Thib Nabawi (Ibnul Qayyim); susu lembu adalah susu paling seimbang dan paling baik, berada di tengah2 antara susu biri2 dan susu kambing biasa dalam segala segi (hlm. 325).


2) SUSU UNTA; dalam Soheh al-Bukhari ada diceritakan; Nabi SAW menyuruh beberapa yang sakit di Madinah supaya berubat dengan susu unta (Soheh al-Bukhari; 5686). Ada diriwayatkan juga dari Nabi SAW; "Pada susu unta terdapat penawar bagi zaribah" (Syarah Musykil al-Atsar (Ibnu al-Munzir); 654, dari Ibnu 'Abbas RA). Zaribah ialah perut yanng menghadapi masalah penghadaman (Fathul-Bari, 13/70. an-Nihayah).

Kandungan susu unta mendedahkan mukjizat kenabian sama seperti unta juga yang disuruh Allah supaya manusia melihat kebesaran Allah darinya; "Apakah mereka tidak melihat kepada unta; bagaimana ia diciptakan?" (al-Ghasyiyah, ayat 17);
a) Nisbah lactose (gula susu) dalam susu unta merupakan yang paling tinggi berbanding susu-susu yang lain, iaitu 5.78%. Kerana itu susu unta lebih manis. Laktose ini dicerna oleh enzyme lactase di dalam badan untuk menjadi glukosa dan galaktosa (gula yang lebih sederhana) untuk menghasilkan tenaga kepada tubuh.
b) Susu unta mempunyai kandungan lemak yang paling rendah iaitu 2.9%, berbanding 7.6% dalam susu kerbau, 5.5% dalam susu biri-biri, 4.5% dalam susu lembu dan 3.8% dalam susu kambing biasa. Oleh itu, risiko peningkatan kolestral dengan meminum susu unta lebih rendah dari susu-susu yang lain.
c) Air; nisbah air dalam susu unta ialah 89.6%. Nisbah ini adalah yang paling tinggi jika dibandingkan dengan susu-susu yang lain. Ia sesuai dengan keperluan penduduk di padang pasir yang panas yang menjadi pengguna terbanyak bagi susa unta. Dengan meminum susa unta akan menghilangkan dahaga mereka hampir seperti meminum air.
d) Susu unta kaya dengan vitamin H iaitu tiga kali ganda dari susu-susu lain.
e) Kandungan protein dalam susu unta sekitar 2.5 hingga 4.5%, iaitu lebih rendah dari nisbah protein yang ada dalam susu lembu dan kambing. Nisbah casein dalam protein susu unta iaitu 70% -berbanding 80% dalam susu lembu-, menjadikan susu unta lebih mudah dihadamkan oleh perut. Oleh itu, susu unta paling sesuai diberikan kepada pesakit dalam tempoh pemulihan/rawatan.
f) Susu unta mengandungi bahan-bahan yang dapat mengatasi racun/toksik dan bacteria serta bahan-bahan yang dapat meningkatkan imuniti tubuh bagi melawan penyakit. Kerana itu susu unta amat sesuai diberikan kepada pengidap asma, diabetis, tuberculosis (batuk kering), radang hati (hepatitis), sirosis (penyakit hati; sel-sel hati mati), luka/ulser sistem penghadaman (digestive) dan kanser.
g) Susu unta mempunyai garam-garam mineral seperti kalsium, magnesium, potassium dan sodium yang lebih tinggi berbanding susu lembu dan kambing. Begitu juga ia kaya dengan zat besi, tembaga, manjiniz dan zink. Kelebihan ini menambah khasiat pengubatan yang ada pada susu unta khususnya bagi orang-orang yang menghadapi masalah tekanan darah rendah dan lemah sistem badan, begitu juga untuk kanak-kanak dan orang yang telah lanjut usia.
h) Susu unta kaya dengan vitamin C iaitu tiga kali ganda dari susu lembu dan 1.5 kali ganda dari susu ibu. Ini menambahkan lagi manfaat susu unta kepada penduduk yang tinggal di kawasan kering dan kemarau seperti padang pasir di mana mereka tidak berpeluang menikmati buah-buah dan sayur-sayuran kecuali jarang-jarang. Maka keperluan vitamin C oleh tubuh mereka ditampung oleh susu unta. Itulah kebesaran Allah yang sentiasa mencukupi keperluan hamba-hambaNya mengikut cara yang ditetapkannya.
i) Susu unta bersifat alkali, namun ia cepat berubah menjadi bersifat asid apabila dibiarkan beberapa lama.
(at-Tadawa Bi Alban al-Ibil wa Abwaliha, Syihab al-Badari Yasin, halaman 25-31, 110-115). Dipetik dari buku; 101 Hadis Pengubatan Nabi, ustaz Ahmad Adnan.


3) SUSU KAMBING; Pemerhatian saya hingga setakat ini belum lagi bertemu hadis Nabi SAW tentang khasiat/kelebihan susu kambing secara khusus, berbanding susu lembu dan susu unta (yang disebut oleh hadis-hadis sebelum ini). Kesimpulan saya setakat ini; dalam thib nabawi, susu unta dan susu lembu lebih baik. Dalam kitab Mustadrak al-Hakim terdapat hadis; "Pada susu lembu terdapat penawar bagi semua penyakit" (hadis no. 7423, menurut al-Hakim; hadis soheh). Namun difahami dari hadis sebelum ini bahawa manfaat susu lembu bergantung kepada daun/rumput yang dimakannya, kerana itu pemakanannya perlu diperhatikan. Malah terdapat hadis menyebutkan; "Nabi SAW melarang dari minum susu dari binatang ternak yang diberi makan najis" (Jami' at-Tirmizi; 1824, hadis hasan gharib).

Kedua-duanya amat baik, disebut dalam al-quran. Namun yang mana lebih baik? Susu disebut di 2 tempat (Muhammad; 15. an-Nahl; 66), madu juga di 2 tempat sahaja (Muhammad; 15. an-Nahl; an-Nahl; 69).
Dalam hadis Mikraj, Nabi SAW menceritakan; (setelah melihat sidratul muntaha), di bawa kepada baginda tiga bekas minuman; satu berisi arak, satu berisi susu dan satu bekas lagi berisi madu. Baginda mengambil bekas berisi susu. Lantas Jibril berkata; “Engkau dan umatmu telah menemui fitrah” (Soheh al-Bukhari; 5610). Dalam riwayat lain diceritakan; “Nabi SAW minum sedikit dari bekas berisi madu dan minum hingga puas dari bekas berisi susu. Adapun bekas berisi arak baginda tidak minum darinya sedikitpun” (Fathul Bari; 8/648).
Para ulamak mengulas; hadis ini menunjukkan kelebihan susu dari semua jenis minuman/makanan yang lain, tambahan pula Nabi SAW bersabda; “Tidak ada makanan atau minuman yang dapat memenuhi keperluan manusia yang setanding dengan susu” (Jami' at-Tirmizi; 3455, hasan).
Susu lebih murah dan lebih senang didapati, maka dapat dinikmati semua orang, berbanding madu yang susah dan mahal, hanya orang tertentu sahaja dapat menikmatinya. itulah kurniaan ilahi untuk hambanya.

Diriwayatkan daripada Ibnu 'Abbas r.huma bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: "Penyembuh itu terdapat pada tiga perkara: Berbekam, minum madu, al-kayy, Aku menegah umatku daripada al-kayy" (sahih Al-Bukhari: 5680)

Sabda Nabi SAW; “Hendaklah kamu menggunakan ‘Ud Hindi. Padanya ubat/penyembuhan bagi tujuh penyakit antaranya menitiskannya ke dalam hidung untuk mengubati al-‘uzrah dan dimasukkan ke dalam mulut (melalui sebelah kanan atau kirinya) untuk mengubati Zatil-Janbi” (Soheh al-Bukhari: 5692).

Menurut ulamak; 'Ud Hindi dalam hadis di atas menyamai al-Qustu yang disebut dalam hadis Nabi yang lain; “Sesungguhnya cara pengubatan yang paling sesuai bagi kamu ialah al-hijamah dan al-Qustu al-Bahri” (Soheh al-Bukhari: 5696).


Menurut Thib Nabawi (Ibnul-Qayyim); menghilangkan kahak, melegakan resdung, selsema dan demam, lemah hati dan penghadaman, sakit dada.