Nabi SAW bersabda;
لَاصَلاَةَ بِحَضْرَةِ طَعَامٍ وَلاَ هُوَ يُدَافِعُهُ الأَخْبَثَانِ
“Tidak ada solat (yang sempurna) ketika makanantelah terhidang dan ketika seseorang itu sedang ditekan oleh kencing dan berak”(Soheh Muslim; 560. Dari ‘Aisyah RA).
Nabi SAW bersabda;
لَاصَلاَةَ بِحَضْرَةِ طَعَامٍ وَلاَ هُوَ يُدَافِعُهُ الأَخْبَثَانِ
“Tidak ada solat (yang sempurna) ketika makanantelah terhidang dan ketika seseorang itu sedang ditekan oleh kencing dan berak”(Soheh Muslim; 560. Dari ‘Aisyah RA).
Abdullah bin Mas’ud RA menceritakan;
أن النبي صلى الله عليه وسلم (كان فيالركعتين الأوليين كأنه على الرَّضْف)
“Nabi SAW ketika (duduk di hujung) rakaat kedua (yakni duduktahiyyat awal), baginda (duduk dengan ringkas) seolah seperti duduk di atasbatu yang panas” (HR Abu Daud dan al-Tirmizi, hadis hasan. Al-Majmuk; 3/416).
NabiSAW bersabda;
«مَنْقَامَ بِعَشْرِ آيَاتٍ لَمْ يُكْتَبْ مِنَ الْغَافِلِينَ، وَمَنْ قَامَبِمِائَةِ آيَةٍ كُتِبَ مِنَ الْقَانِتِينَ، وَمَنَ قَرَأَ بِأَلْفِ آيَةٍ كُتِبَمِنَ الْمُقَنْطِرِينَ»
“Sesiapabangun (bersolat malam) dengan 10 ayat dari al-Quran dia tidak akan ditulislagi dalam senarai orang-orang lalai. Sesiapa bangun dengan 100 ayat, dia akanditulis dalam kalangan ahli ibadat atau ahli ketaatan. Sesiapa bangun dengan1000 ayat, dia akan ditulis dalam kalangan orang yang bertimbun pahalanya”(Soheh Ibnu Khuzaimah; 1144).
Sabda Nabi SAW;
مَنْ حَافَظَ عَلَى أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ،وَأَرْبَعٍ بَعْدَهَا، حَرُمَ عَلَى النَّار
“Sesiapa memelihara 4 rakaat (solat sunat) sebelum zohor dan4 rakaat (solat sunat) selepasnya, terpelihara (dirinya) dari neraka” (SunanAbi Daud; 1262).
Ibnu ‘Umar RA menceritakan; “Aku menghafal dari Nabi SAW 10 rakaat solat sunat, iaitu;
- 2 rakaat sebelum zohor,
- 2 rakaat selepas selepaszohor
- 2 rakaat selepas maghrib
- 2 rakaat selepas insyak, dan;
- 2 rakaat sebelum subuh”.
(Soheh al-Bukhari; 1180).
Ibnu ‘AbbasRA menceritakan; “Aku tidur di rumah ibu saudaraku Maimunah binti al-HarithRA -isteri Rasulullah SAW-, ketika itu baginda bermalam di rumah Maimunah.Setelah mengerjakan solat isyak, baginda pulang ke rumahnya, kemudianmengerjakan solat sunat 4 rakaat, kemudian tidur, dan kemudian bangunberqiamullail…” (Soheh al-Bukhari; 117).
Saidatina ‘Aisyah RA turut menceritakan; tidak pernah RasulullahSAW pulang ke rumahku setelah mengerjakan solat Isyak melainkan baginda akan mengerjakanpula solat 4 rakaat atau 6 rakaat (Sunan Abu Daud; 1303).
Ibnu Mas’ud RA menceritakan;
مَنْ صَلَّى أَرْبَعًا بَعْدَ الْعِشَاءِ لَا يَفْصِلُ بَيْنَهُنَّ بِتَسْلِيمٍ، عَدَلْنَ بِمِثْلِهِنَّ مِنْ لَيْلَةِ الْقَدْرِ
“Sesiapa mengerjakan solat sunat 4 rakaat selepas isyak tanpa diselangi antaranya dengan salam, sama seperti dia mengerjakan 4 rakaat pada malam al-Qadar (Lailatul Qadar)” (Mushannaf Ibnu Abi Syaibah; 2/127, isnadnya baik).
Menurut Imam al-Syaukani; hadis tersebut menunjukkan bahawadisyariatkan solat sunat 4 rakaat atau 6 rakaat selepas isyak dan ia tergolongdalam solat malam (yakni bukan ba’diyah Isyak) (Nailul Autar, 3/24). Imam IbnuQudamah pula menggolongkannya dalam tatawwu’ ma’a al-rawatib (solat-solat sunatbersama solat-solat rawatib) (al-Mughni, 2/96).
Nabi SAW bersabda;
مَنِاسْتَغْفَرَ لِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ كَتَبَ اللَّهُ لَهُ بِكُلِّمُؤْمِنٍ وَمُؤْمِنَةٍ حَسَنَةً
“Sesiapa memohonampun untuk semua kaum beriman lelaki dan perempuan, Allah akan menulisuntuknya bagi setiap orang beriman lelaki dan orang beriman perempuan satukebajikan” (Musnad as-Syamiyyiin, at-Tabrani; 2155. Dari ‘Ubadah bin as-SomitRA. Menurut al-Haithami; isnadnya jayyid. Majma’ az-Zawaid; 17598).