Ibnu ‘Umar RA menceritakan; “Aku menghafal dari Nabi SAW 10 rakaat solat sunat, iaitu;
- 2 rakaat sebelum zohor,
- 2 rakaat selepas selepaszohor
- 2 rakaat selepas maghrib
- 2 rakaat selepas insyak, dan;
- 2 rakaat sebelum subuh”.
(Soheh al-Bukhari; 1180).
Ibnu ‘AbbasRA menceritakan; “Aku tidur di rumah ibu saudaraku Maimunah binti al-HarithRA -isteri Rasulullah SAW-, ketika itu baginda bermalam di rumah Maimunah.Setelah mengerjakan solat isyak, baginda pulang ke rumahnya, kemudianmengerjakan solat sunat 4 rakaat, kemudian tidur, dan kemudian bangunberqiamullail…” (Soheh al-Bukhari; 117).
Saidatina ‘Aisyah RA turut menceritakan; tidak pernah RasulullahSAW pulang ke rumahku setelah mengerjakan solat Isyak melainkan baginda akan mengerjakanpula solat 4 rakaat atau 6 rakaat (Sunan Abu Daud; 1303).
Ibnu Mas’ud RA menceritakan;
مَنْ صَلَّى أَرْبَعًا بَعْدَ الْعِشَاءِ لَا يَفْصِلُ بَيْنَهُنَّ بِتَسْلِيمٍ، عَدَلْنَ بِمِثْلِهِنَّ مِنْ لَيْلَةِ الْقَدْرِ
“Sesiapa mengerjakan solat sunat 4 rakaat selepas isyak tanpa diselangi antaranya dengan salam, sama seperti dia mengerjakan 4 rakaat pada malam al-Qadar (Lailatul Qadar)” (Mushannaf Ibnu Abi Syaibah; 2/127, isnadnya baik).
Menurut Imam al-Syaukani; hadis tersebut menunjukkan bahawadisyariatkan solat sunat 4 rakaat atau 6 rakaat selepas isyak dan ia tergolongdalam solat malam (yakni bukan ba’diyah Isyak) (Nailul Autar, 3/24). Imam IbnuQudamah pula menggolongkannya dalam tatawwu’ ma’a al-rawatib (solat-solat sunatbersama solat-solat rawatib) (al-Mughni, 2/96).