Anasbin Malik RA menceritakan; Seorang lelaki keluar (untuk suatu urusan) dan dia memerintahkanisterinya jangan keluar dari rumah. Ketika ketiadaan suaminya, isterinyamendengar berita ayahnya sakit. Ayahnya tinggal di bahagian bawah rumahnya,sedang dia di bahagian atas. Dia menghantar orang bertemu Nabi SAW (bagimeminta izin untuk keluar menjengok ayahnya), namun baginda berkata kepadanya; ‘Taatilahperintah suamimu (yakni jangan keluar rumah)’. Kemudian dia mendapat beritaayahnya telah mati. Sekali lagi dia menghantar orang bertemu Nabi, namunbaginda tetap berkata; ‘Taatilah perintah suamimu (yakni jangan keluar rumah)’.Akhirnya Nabi SAW menghantar orang memberitahunya; “Sesungguhnya Allah telahmengampuni ayahmu kerana ketataanmu kepada suamimu” (Al-Mu’jam al-Ausat; 7648).
Statushadis; menurut Imam Ibnu Hajar; hadis ini adalah dhaif. Lihat; Majma’az-Zawaid, 4/313, no. hadis; 7666.