Blog AQIS

Koleksi Penulisan Blog Ustaz Ahmad Adnan

Jangan lupa untuk kongsikan email anda disini supaya kami boleh memberitahu tentang penulisan terkini
Kandungan blog ini sesuai untuk paparan komputer desktop dan notebook sahaja untuk masa ini

Dari Blog mutiara-sunnahnabi.blogspot.com

Anas RA menceritakan;

«كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُعَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‌إِذَا ‌دَخَلَ ‌الخَلَاءَ نَزَعَ خَاتَمَهُ»

“Adalah Nabi SAW apabila memasuki tandas, baginda akan membuangcincinnya” (Jami’ al-Tirmizi; 1746, hadis hasan soheh gharib).

Dalam riwayat lain;

أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِوَسَلَّمَ " ‌لَبِسَ ‌خَاتَمًا ‌نَقْشُهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللهِ، فَكَانَإِذَا دَخَلَ الْخَلَاءَ وَضَعَهُ "

“Sesungguhnya Rasulullah SAW memakai cincin yang berukir“Muhammad Rasul Allah” (محمد رسول الله),maka apabila baginda memasuki tandas, baginda akan menanggalnya” (HRal-Baihaqi).

Ibnu 'Abbas RA menceritakan; Nabi SAW ditanya tentang syahadah (memberi kesaksian). Lantas baginda berkata kepada orang yang bertanya; "Adakah kamu melihat matahari?". Ia menjawab; 'Ya'. Nabi berkata kepadanya; "Jika jelas seumpama itu, berilah penyaksian, atau tinggal saja (dari memberi kesaksian)" (Syu'abil-Iman, Imam al-Baihaqi; 10469).

(1) Nabi SAW juga bersabda; "Tidak halal harta milik seorang muslim melainkan dengan keredhaan hatinya" (Dari Hanifah ar-Raqasyi RA. Musnad Ahmad; 20695. Syu'abil Iman, al-Baihaqi; 5105. Status hadis; soheh lighairi).