Blog AQIS

Koleksi Penulisan Blog Ustaz Ahmad Adnan

Jangan lupa untuk kongsikan email anda disini supaya kami boleh memberitahu tentang penulisan terkini
Kandungan blog ini sesuai untuk paparan komputer desktop dan notebook sahaja untuk masa ini

Dari Blog mutiara-sunnahnabi.blogspot.com

Al-‘Irbadh bin Sariyah RA yang menceritakan; Rasulullah SAW mengerjakan solat subuh bersama kami, kemudian baginda menghadapkan mukanya kepada kami, lalu menyampaikan peringatan dengan suatu peringatan yang sungguh-sungguh di mana baginda menyebutkan;
.
“Sesungguhnya aku telah tinggalkan kamu di atas agama yang terang yang malamnya seperti siangnya, tidak tersasar darinya setelah ketiadaanku melainkan orang yang bakal binasa.
.
Sesiapa yang masih hidup di kalangan kamu nescaya dia akan menyaksikan perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu semua berpegang dengan ajaran yang kamu ketahui dari sunnahku dan sunnah khulafak rasyidin yang sentiasa dalam petunjuk, gigitlah dengan geraham-geraham kamu.
.
Hendaklah kamu mentaati (pemimpin kamu) sekalipun dia seorang hamba Habsyi. Sesungguhnya seorang mukmin (mudah dipimpin) sama seperti unta yang senang dipimpin. Apabila dipimpin (ke jalan Syarak) dengan mudah dia mengikutinya”.
.
(HR Ahmad, al-Hakim dan Ibnu Majah. al-Jami' al-Saghier; 6096. Menurut al-Suyuti; hadis soheh).

1. 90 hari sebelum wafat

Dari Ibnu ’Abbas –radhiyallahu ’anhu- menceritakan; ”Rasulullah –sallallahu ’alaihi wasallam- berkhutbah kepada orang ramai semasa hari Haji Perpisahan, di mana baginda bersabda; ”Sesungguhnya Syaitan telah kecewa untuk disembah di bumi kamu, namun ia berpuas hati untuk ditaati dalam perkara selain (ibadah) itu dari perkara yang kamu pandang kecil dari amalan-amalan kamu. Maka berjaga-jagalah wahai manusia. Sesungguhnya telah aku tinggalkan kepada kamu sekelian rujukan yang jika kamu perpegang-teguh dengannya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu; Kitab Allah dan Sunnah NabiNya. Sesungguhnya setiap muslim ialah saudara bagi muslim yang lain. Semua orang Islam adalah bersaudara. Tidak halal bagi seseorang dari harta saudaranya kecuali apa yang diberinya dari kerelaan hatinya. Janganlah kamu berlaku zalim. Janganlah kamu berpatah-balik kepada kekafiran selepas kematianku menyebabkan sesama kamu akan saling berbunuhan”.
(Riwayat Imam al-Hakim dalam al-Mustadrak. Hadis ini adalah soheh. Lihat; kitab “المنتقى من كتاب الترغيب و الترهيب”, Dr. Yusof Al-Qardhawi, m.s. 111. Lihat juga; Soheh at-Targhib wa at-Tarhib, Syeikh Nasiruddin al-Albani, hadis no. 40).

2. 9 hari sebelum wafat

Turun kepada Nabi SAW wahyu yang terakhir, iaitu (ayat) yang bermaksud;


2. 5 hari sebelum wafat

عن جندب رضي الله عنه قال: سمعت رسول اللَّه صلى الله عليه وسلم قبل أن يموت بخمس وهو يقول: (ألا وإن من كان قبلكم كانوا يتخذون قبور أنبيائهم وصالحيهم مساجد, ألا فلا تتخذوا القبور مساجد، إني أنهاكم عن ذلك) رواه مسلم
Jundub RA menceritakan; aku telah mendengar Nabi SAW 5 hari sebelum wafatnya bersabda; "Ketahuilah, sesungguhnya orang-orang sebelum kamu telah menjadikan kubur para Nabi mereka dan orang-orang soleh mereka sebagai masjid-masjid. Ingatlah, jangan kamu turut (seperti mereka) dengan menjadikan kubur-kubur sebagai masjid. Aku benar-benar menegah kamu dari melakukannya" (HR Muslim).

3. 4 hari sebelum wafat

3029 - حدَّثنا سعيدُ بن منصورٍ، حدَّثنا سفيانُ بن عُيينةَ، عن سليمانَ الأحولِ، عن سعيدِ بن جُبيرٍ
عن ابن عباس: أن رسولَ الله -صلَّى الله عليه وسلم- أوصى بثلاثةٍ، فقال: "أخْرِجُوا المشركين مِن جزيرةِ العربِ، وأجيزُوا الوَفْدَ بنَحْوٍ مما كنتُ أُجيزُهُم".
قال ابنُ عباس: وسكتَ عن الثالثةِ - أو قال: فأُنسيتُها-
Sulaiman al-Ahwal menceritakan; dari Sa'id bin Jubair yang menceritakan; Ibnu 'Abbas RA menceritakan; pada hari khamis sebelum kewafatan Nabi SAW (baginda wafat pada hari isnin) baginda telah memberi 3 pesanan;
1. Usir semua orang-orang musyrikin dari semenanjung Arab,
2. Layanilah utusan luar sebagaimana aku melayani mereka
3. Kata Ibnu 'Abbas RA; yang ketiga ini aku lupa
(Sunan Abu Daud; 3029. Lihat hadis yang sama; al-Bukhari; 3053).

Sebahagian ulamak berkata; wasiat yang ketiga itu ialah al-Quran. Ada berkata; mempersiapkan pasukan tentera Usamah RA. Ada berkata; larangan menjadikan kubur sebagai masjid. Ada berkata; solat (Fathul Bari, Imam Ibnu Hajar).

4. 3 hari sebelum wafat

عن جابر رضي الله عنه قال: (سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول قبل موته بثلاث: لا يموتن أحدكم إلا وهو يحسن الظن بالله عز وجل) رواه مسلم.

Jabir RA menceritakan; aku mendengar Rasulullah SAW bersabda -3 hari sebelum baginda wafat-; "Janganlah sesiapa dari kamu mati melainkan dalam keadaan dia bersangka baik dengan Allaj" (HR Muslim; 2877).

5. Hari kewafatan baginda

عن علي رضي الله عنه قال: (كان آخر كلام النبي صلى الله عليه وسلم: الصلاة الصلاة، وما ملكت أيمانكم) رواه أبو داود.
Dari 'Ali RA yang menceritakan; ucapan (pesanan) terakhir Nabi SAW (sebelum wafat) ialah; jagalah solat, jagalah solat dan jagalah hamba yang kamu miliki (HR Abu Daud; 5156).

6. Detik terakhir

Saidatina 'Aisyah RA menceritakan; perkataan terakhir yang diucapkan Nabi SAW ialah "اللَّهُمَّ الرَّفِيقَ الأَعْلَى" (Ya Allah, teman tertinggi)" sambil mengangkat jarinya dan matanya memandang tepat ke bumbung rumah. Baginda mengulanginya 3 kali, kemudian tangannya terkulai layu dan baginda pun wafat  (al-Bukhari; 4463. al-Rahiq al-Makhtum, hlm. 554).

Sabda Nabi SAW;
أَكْبَرُ الكَبَائِرِ: الإِشْرَاكُ بِاللَّهِ، وَقَتْلُ النَّفْسِ، وَعُقُوقُ الوَالِدَيْنِ، وَقَوْلُ الزُّورِ، - أَوْ قَالَ: وَشَهَادَةُ الزّ
"Dosa-dosa paling besar;
1. Mensyirikkan Allah,
2. Membunuh,
3. Menderhakai dua ibu-bapa, dan;
4. Memberi kesaksian palsu/batil".
(Soheh al-Bukhari; 7871. Dari Anas bin Malik RA).

* Syahadatu az-Zur; 
1. Memberi kesaksian palsu/batil,
2. Menghadiri majlis-majlis dusta, fasik, kufur, hiburan melalaikan
(Irsyad as-Sari, al-Qastalani; 4/384).

Soalan-soalan malaikat Munkar dan Nakir dalam kubur; Siapa Tuhan kamu? apa agama kamu? siapa Nabi kamu? apa ilmu kamu? Yang berjaya menjawabnya diberikan hamparan dari syurga, dipakaikan pakaian syurga dan dibukakan satu pintu ke syurga (ke kuburnya) (Musnad Imam Ahmad; 18534, isnadnya soheh).

Sabda Nabi SAW; "Aku tinggalkan untuk kamu dua panduan, selama-lamanya kamu tidak akan tersesat selagi kamu berpegang dengannya; Kitab Allah dan Sunnah NabiNya" (Muqatta' Malik; 3338).


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ، عَنِ النَّبِيِّ- صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - قَالَ: {يَكُونُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ قَوْمٌ يُسَمَّوْنَ: الرَّافِضَةَ، يَرْفُضُونَ الْإِسْلَامَ وَيَلْفُظُونَهُ، قَاتِلُوهُمْ فَإِنَّهُمْ مُشْرِكُونَ} 

Diriwayatkan dari Ibn Abbas katanya: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Akan muncul satu golongan di akhir zaman yang dinamakan Rafidhah. Mereka menolak Islam tetapi mendakwa Islam. Bunuhlah mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun.”.

(Hadis ini terdapat dalam Fadhail as-Sohabah, Imam Ahmad; 65100. Musnad Abi Ya'la; 2586. Al-Mu'jam al-Kabir (at-Tabrani); 12997. Status hadis; menurut Imam al-Busiri (wafat 840H); isnadnya dhaif. lihat; Ittihaf al-Khiyarah al-Maharah, 4/226, hadis no. 3461).


Anas bin Malik –radhiyallahu ‘anhu- meriwayatkan dari Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- yang bersabda; “Tiga perkara. Sesiapa yang tiga perkara ini berada dalam dirinya, nescaya ia memperolehi kemanisan iman;
Allah dan RasulNya lebih ia kasih dari segala yang lain dari keduanya.
Apabila ia kasih kepada seseorang, ia tidak mengasihinya melainkan kerana Allah.
Ia benci untuk berpatah kepada kekufuran sama seperti ia benci jika dihumban ke dalam neraka”.
(Riwayat Imam al-Bukhari)

Dari Ibnu ’Abbas –radhiyallahu ’anhu- menceritakan; ”Rasulullah –sallallahu ’alaihi wasallam- berkhutbah kepada orang ramai semasa hari Haji Perpisahan, di mana baginda bersabda; ”Sesungguhnya Syaitan telah kecewa untuk disembah di bumi kamu, namun ia berpuas hati untuk ditaati dalam perkara selain (ibadah) itu dari perkara yang kamu pandang kecil dari amalan-amalan kamu. Maka berjaga-jagalah wahai manusia. Sesungguhnya telah aku tinggalkan kepada kamu sekelian rujukan yang jika kamu perpegang-teguh dengannya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu; Kitab Allah dan Sunnah NabiNya. Sesungguhnya setiap muslim ialah saudara bagi muslim yang lain. Semua orang Islam adalah bersaudara. Tidak halal bagi seseorang dari harta saudaranya kecuali apa yang diberinya dari kerelaan hatinya. Janganlah kamu berlaku zalim. Janganlah kamu berpatah-balik kepada kekafiran selepas kematianku menyebabkan sesama kamu akan saling berbunuhan”.
(Riwayat Imam al-Hakim dalam al-Mustadrak. Hadis ini adalah soheh. Lihat; kitab “المنتقى من كتاب الترغيب و الترهيب”, Dr. Yusof Al-Qardhawi, m.s. 111. Lihat juga; Soheh at-Targhib wa at-Tarhib, Syeikh Nasiruddin al-Albani, hadis no. 40).

“Tidak akan berganjak manusia dari Padang Mahsyar melainkan setelah disoal empat perkara tentang dirinya;
1. Umur; bagaimana dihabiskannya?
2. Ilmu; apa yang diamalkan?
3. Harta; dari mana diperolehi dan ke mana dibelanjakan?
4. Jasad/tubuh-badannya; bagaimana ia pergunakannya”. (HR Imam at-Tirmizi dari Abi Barzah r.a.. Menurut at-Tirmizi; hadis ini hasan soheh)